Penyanyi terkenal Indonesia Syahrini dikhabarkan sedang hamil anak pertama. 

Ini gara-gara gambar di Instagram yang menayangkan di mana suaminya, Reino Barack dilihat memegang perut isterinya itu.

Hal ini membuatkan warganet mula menegur dan bertanya sama ada penyanyi kesayangan mereka itu bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Kedudukan tangan Reino dilihat memegang perut Syahrini. Mungkin kebetulan je kot?

Syahrini dan suaminya, Reino Barack mendirikan rumah tangga di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari lalu.