Hiburan By: SGMS Faida August 7, 2018 @ 3:05pm

Tak Mahu Lagi Kejar Dunia, Awi Rafael Tukar Selera?

Pernah menghasilkan beberapa lagu hits seperti Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta, penyanyi Awi Rafael mengaku mahu mengubah ‘selera’ dalam menghasilkan lagu seterusnya.

Kalau sebelum ini, komposer berusia 32 tahun ini sering mencipta lagu berkisar cinta tetapi untuk projek seterusnya, dia mahukan kelainan.

“ Mungkin dulu, lagu cinta menjadi fokus tetapi kini saya lebih selesa mencipta lagu berkonsep ketuhanan dan keislaman.

“ Ramai yang mahu berhijrah dan mencari reda Ilahi. Saya percaya, lagu berkonsepkan ketuhanan dan keislaman akan menjadi pilihan ramai,” katanya.

Akuinya, dia mula ‘tersedar’ selepas sembuh daripada penyakit ekzema teruk beberapa bulan lalu sekaligus berhasrat menghasilkan lagu yang penuh nilai moral.

Terbaru, Awi yang baru tampil dengan karya bertajuk Ini Semua Dunia di mana dia mahu berkongsi dengan pendengar tentang perspektifnya dalam kehidupan.

“ Harus tahu apa yang kita patut utamakan kerana tiada apa yang kekal selamanya di dunia ini.

“ Namun begitu saya tidak menyimpan apa-apa harapan lagu baharu ini bakal mendapat kejayaan yang sama seperti lagu yang pernah dihasilkan sebelum ini. Bukan pencapaian yang saya kejar,” katanya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Nov 2023

Nekad Tinggalkan Dunia Glamor, Altimet Tolak Tawaran Menyanyi Demi Membantu Rakyat

Selamat tinggal Altimet! Kami sebenarnya rindu dengan persembahan Altimet❤️

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

SIAPA RATU BAKAL HOS RANCANGAN POPULAR?

Kalau nama pun Ratu, dia mestilah seorang yang cantik, kulit mulus, putih gebu, pinggang kerengga dan semestinya kaya! Yang paling penting boyfriend Ratu kita ni handsome dan sado. Kau hado?

Hiburan Thu, 1 Mar 2018

Jangan Salah Anggap, Saya Bukan Gila Glamour

Saya dapat rasa individu itu baik orangnya. Macam ni lah, situasinya macam kita naik kereta. Bila di  luar kereta, baik saja kelakuannya. Tapi lain pula jadinya, bila tengah memandu…terkeluar segalanya!

Featured Wed, 15 Feb 2023

Pernah Berhasrat Tak Mahu Sertai AJL 37, Aina Abdul Puas Raih Gelaran Juara.. Bakal Buat Konsert 3.0 Skala Besar

Fuhhhh! Tak sabar min nak tunggu konsert Aina Abdul 3.0! Berskala besar gaisss 🤩🤩🤩 Dengar cerita sampai tiga tempat? Powerr

Featured Tue, 8 Feb 2022