Hiburan By: Del14 November 7, 2019 @ 5:45pm

“Tak Mahu Pandang Belakang…Kenapa Kena Ungkit Kisah Lama?” – Azza Elite

Terpanggil untuk berkata sesuatu tentang foto gadis-gadis yang memakai pakaian pengantin bergambar di kawasan perkuburan Kristian yang tular, penyanyi kumpulan Elite, Azza Zawari memuat naik satu entri di akaun instagramnya untuk menegur perbuatan tersebut. 

“Ini berkenaan dengan akidah…orang marah lah. Terima lah marah orang ni sebagai peringatan dari Allah. Semoga tidak menjadi ikutan!

“Dear Adik, jangan kerana duit awak ikut kehendak orang! Jangan jadi bodoh dik..bertaubat ya dik..Minta pengampunan dari Allah,” tulis Azza sebagai kapsyen. 

 

Walaupun demikian, ada juga netizen yang tak puas hati dengan teguran Azza dan telah membidasnya dengan mengungkit kisah lama bekas penyanyi kumpulan Elite ini. 

“Kalau tegur je kena kait kan dengan benda dulu ke? Kita bagi nasihat berharap orang yang dinasihat berubah. Sebab kita pun ada yang bagi nasihat waktu jahil dulu agar berubah ke arah yang lebih baik.

“Tujuh tahun dah berubah. Tak mahu dah pandang belakang. Maka Alhamdullillah ada perubahan dalam diri kita kan?

“Itulah nama kesilapan..kita dakwah supaya orang lain tak buat macam yang kita buat,” tulis Azza membalas kenyataan netizen tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut-pengikut Azza yang menyokong tindakannya menegur kelakuan sedemikian kerana tak salah pun jika kita sama-sama ingat mengingatkan. Antara yang memberi kata-kata semangat kepada Azza ialah ahli bekas kumpulan Elite seperti Linda Rafar dan Abby Abadi. 

 

Apa-apapun, pemilik butik pengantin yang dikenali sebagai Nur Amirah (26 tahun) telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua lapisan masyarakat kerana mencetuskan sensitiviti perkauman dan berkata tidak berniat untuk mempersendakan apa-apa agama dan mengakui kekhilafannya.

Ambil lah iktibar dari perkara ini. Amatlah tidak wajar membuat pengambaran di tanah perkuburan, lebih-lebih lagi untuk mempromosi pakaian pengantin, tak kira lah bangsa apa sekali pun. Seharusnya sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di negara majmuk, kita lebih peka dengan sensitiviti kaum-kaum lain, betul tak? 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Sharifah Sakinah Ajak Meerqeen Couple?

Eh biar betul? Pastu #meerna macam mana? 😱

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Media Prima Berhad Jalinkan Kerjasama Bersama Dailymotion

Pendapatan Media Prima meningkat kepada RM4.8 juta bagi 6 bulan pertama yang berakhir pada 30 Jun 2018, berbanding RM14.9 juta dalam tempoh perbandingan hasil daripada pengiklanan digital

Featured Mon, 22 Apr 2024
Hiburan Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Wed, 2 Oct 2019
Hiburan Sat, 17 Mar 2018

香蕉哥哥、草莓姐姐结婚!秘恋3年冲绳办婚礼

恭喜香蕉哥哥和草莓姐姐要结婚了!秘密交往了3年时间,小俩口近来宣布喜讯,将于19日在日本冲绳举行婚礼;这是东森YOYO家族首对哥哥、姐姐组成的夫妻档,消息一出令众人又惊又喜!

Hiburan Mon, 6 Jan 2020