LIFESTYLE By: Syafiqa Irdina October 8, 2019 @ 9:27am

Tak Tahu Nak Bawa Apa Ketika Bercuti? Nah, Semak List Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Travel!

Bila pergi bercuti dan ada barang yang tertinggal mesti tak best kan? Pendek kata, memang tak lengkap lah sesi holiday korang kalau tak ada 5 barang wajib ni. 

So, Xtra listkan barang yang patut dibawa ke destinasi percutian korang nanti. Let’s check this out!

  1. Beg Yang Sesuai

 

Sumber : CJ WOW Shop

Yassss! Pastikan korang membawa beg yang sesuai, mudah dibawa dan tahan lasak! Antaranya, beg luggage dan bagpack.

Sumber : Pinterest

Luggage sangat mudah dibawa kalau korang pergi bercuti ke tempat yang jauh. Plus, luggage lebih mudah dibawa sebab korang hanya perlu tarik sahaja. bukan? Tapi, kalau korang pergi ke destinasi percutian seperti pulau dan taman tema air, pemilihan bagpack adalah lebih sesuai k,rana anda lebih mudah untuk bergerak. Jadi, pilihlah beg yang ringan, berkualiti dan tahan lasak!  Kalau perlu kunci, beli mini pad kekunci untuk lebih secure ok!

 

  1. Kasut

 

 

Ha, korang jangan lupa untuk bawa kasut yang sesuai seperti sneakers dan sandal supaya korang mudah bergerak. Pilih kasut yang breathable dan mempunyai soles yang sesuai dengan tapak kaki. Pemilihan kasut yang sesuai sangat penting supaya korang mudah bergerak. Boleh berfesyen ketika bercuti, tapi make sure korang pun selesa okay!

 

  1. Toiletries

Sumber : Pinterest

Haaa, tak semua hotel dan tempat percutian yang korang pergi akan menyediakan barang toiletries yang mencukupi. So, make sure korang bawa barang toiletries seperti syampu badan, syampu rambut, ubat gigi dan berus gigi. Mungkin, ada sesetengah daripada korang yang lebih selesa menggunakan berus gigi sendiri bukan? So, prepare awal-awal toiletries  yang perlu dan tidak perlu untuk dimasukkan ke dalam pouch bag toiletries korang! Kalau boleh, bawa yang penting sahaja dan bawa yang bersaiz kecil ok! Sebab risau barang-barang toiletries yang bersaiz besar menyebabkan beg korang menjadi berat dan ruang beg menjadi terhad. Ingat tu!

*Lagi senang kalau korang ada toiletries bag. Senang dan cepat untuk unpack dan packing barang!

 

 

  1. Aksesori Gajet

Bila dah holiday, mesti korang nak luangkan masa dengan muzik dan hiburan bukan? Make sure korang bawa earphone, charger dan Usb Kabel dan kamera yang bersesuaian semasa travel. Kalau tak bawa barang-barang ni memang menangislah! Oh lagi satu! Kalau korang travel jangan lupa bawa travel adapter ya sebab tak semua negara yang kita pergi mempunyai bentuk plug yang sama dengan negara kita. Beli satu adapter yang berkualiti dan yang korang  boleh gunakan sampai bila-bila. Letakkan semua aksesori ini ke dalam satu ziplock supaya senang untuk diambil. Mudah kan?

 

  1. First Aid Kit

 

Benda penting, tapi selalu sangat diabaikan! Ini apa yang perlu ada dalam kit kecemasan korang. Benda yang paling utama adalah ubat contohnya ubat selesema, Panadol, ubat gastrik, minyak cap kapak dan mana-mana ubat yang anda rasa perlu untuk dibawa. Kit kecemasan ini memang sangat berguna sekiranya berlaku sebarang kecemasan terhadap diri korang. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Terungkailah Sudah Siapakah Gerangan Protege Bagi Mentor 7?

Bermula 28 Oktober ini, jangan lupa saksikan setiap Ahad jam 9 malam. Mentor 7 bakal bersiaran secara LIVE dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Tengok okay!

LIFESTYLE Sat, 3 Aug 2019
Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Empat Protege Mara Ke Final Mentor Milenia 2019, Tahniah!

Tahniah buat semua protege yang berjaya ke pentas final Mentor Milenia 2019!

Cahaya Mata Sat, 13 May 2023

Zaki Azeman & Raa Suzuran Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Tahniah Zaki & Raa dah jadi Daddy Mummy!

Featured Thu, 24 Nov 2022
Hiburan Fri, 18 May 2018

Nazim Othman Dan Bella Dally Sah Cerai!

Apapun, diharap netizen tidak membuat sebarang spekulasi terhadap punca ataupun masalah yang membawa kepada keretakan rumahtangga mereka.

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

Penyanyi berusia 20 tahun dengan nama sebenar Jahseh Onfroy itu ditembak ketika sedang berada berhampiran sebuah kedai motosikal dan disahkan meninggal dunia sewaktu dirawat di hospital berdekatan.

Hiburan Thu, 17 May 2018

Janna Nick Makin ‘Membawang’ Lepas Jadi Hos Melodi

Amboi dah boleh join makcik makcik bawang lah kalau macam nie