Hiburan By: SGMS Faida September 4, 2018 @ 12:35pm

Tambah Anak Lagi? Nanti Dulu…

Pengacara Muzik-Muzik, Haziq Hussni yang baru saja menimang cahaya mata memberitahu dia mahu fokus kepada dua cahaya matanya dahulu sebelum menambah ahli keluarga lagi.

Haziq yang menerima cahaya mata kedua Jumaat lalu juga memaklumkan dia dan isterinya sudah sepakat dalam hal ini.

“ Memandangkan Putri baru menjalani pembedahan, kami tidak mahu ambil risiko. 

“ Kami mahu memberi perhatian kepada sepasang anak kami ini sebelum membuat perancangan menambah ahli keluarga,” katanya.

Dalam masa sama, penyampai radio Hot FM ini bersyukur dianugerahkan bayi perempuan yang melengkapkan keluarga kecilnya.

Isterinya, Ayunda Putri selamat bersalin secara pembedahan, seminggu lebih awal daripada tarikh jangkaan iaitu pada 7 September. 

“ Alhamdulillah, isteri dan bayi dalam keadaan sihat. Saya kagum dengan semangat Putri yang ingin segera sembuh,” katanya yang masih belum memilih nama untuk diberikan. 

Dengarnya, Haziq dan isteri sudah menyediakan beberapa nama dan hanya akan berkongsi apabila usianya mencecah tujuh hari. Tahniah Haziq dan Ayunda… 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Mungkin Bersatu Jika Ada Jodoh

Jika jodoh tidak ke mana. Hanya itu jawapan paling ikhlas yang dapat saya berikan.

Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Sun, 28 Jan 2024
Featured Tue, 22 Nov 2022

97% Undi Setuju, Puteri Sarah Bakal Bertanding Pada PRU16?

Wah betul ke Sarah bakal jadi wakil rakyat?

Events Fri, 29 Nov 2019

‘Tidak Adil Membuat Tuduhan’ – Neelofa

“Sebagai seorang adik, sudah tentu saya akan sokong berada di samping dia,” demikian kata pengacara terkenal, Neelofa berhubung kemelut rumah tangga kakaknya, Noor Nabila. Neelofa memberitahu tidak adil sekiranya orang luar menuduh dirinya campur tangan […]

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

The Return of Ex-PRISTIN Members; Confirmed New Group’s Name and Official Logo

Their debut is getting nearer and fans are getting pumped!

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Umie Aida Dekatkan Anak Pada Al-Quran Sejak Bayi Lagi

Pelakon, Datin Seri Umie Aida sering memperdengarkan ayat al-Quran selama sebulan kepada anaknya, Aisyah Humaira. “Alhamdulillah, Aisyah sudah masuk lebih dua bulan. Jadi, sudah masuk juzuk dua. “Saya menggunakan pendekatan digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam […]