Hiburan By: SGMS Enal May 2, 2019 @ 1:10pm

Tangan besi, Penyanyi ‘Black’ tetap bertenaga

Pembedahan memasukkan besi ke dalam tangan kirinya yang patah tidak menghalang Black Hanifah, 31, meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

Menurut penyanyi berkenaan, kecederaan dialami akibat kemalangan motosikal di Petaling Jaya, baru-baru ini, tidak meninggalkan kesan teruk dan dia masih boleh menjalani aktiviti seni tanpa banyak masalah.

“Saya juga masih boleh memandu kerana kecederaan hanyalah pada tangan kiri,” katanya kepada BH Online.

Kata Black, dia menunggu selama dua minggu sebelum akur untuk menjalani pembedahan berkenaan.

“Kalau ikutkan, saya harus melakukan pembedahan selepas kemalangan. Tetapi, saya takut apabila mendengar besi perlu dimasukkan ke dalam tangan yang patah.

“Jadi, saya menangguhkan pembedahan selama dua minggu. Namun, saya tewas apabila gagal menahan sakit. Saya kembali ke hospital pada Isnin lalu. Pada malam itu juga pembedahan memasukkan besi perlu dilakukan.

“Saya dibawa ke bilik pembedahan kira-kira jam 10 malam dan ia selesai jam 1 pagi. Inilah pengalaman pertama saya memasuki bilik pembedahan seumur hidup,” katanya yang sebelum itu mendapatkan rawatan tradisional seperti urutan.

Penyanyi yang baru sahaja muncul dengan single Pok Pet itu bersyukur apabila dia dibenarkan pulang ke rumah selepas dua hari pembedahan dilakukan.

“Alhamdulillah, saya sudah pulang ke rumah, Rabu lalu. Tangan saya pula hanya dibalut dan tidak disimen,” katanya yang sempat membantu teman baik, Achey, bertanding dalam pentas akhir Bintang Bersama Bintang 2019, sehari sebelum pembedahan.

Difahamkan, besi terbabit perlu berada di dalam tangannya selama kira-kira setahun.

Oleh : Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Sumber : bharian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Events Wed, 22 Apr 2020
Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Featured Wed, 1 Feb 2023

Berani Kerana Benar, Bella Astilah Dedah Bukti Perbualan Dengan Sophia Albarakbah – “Please Forgive Me, I Nak Tebus Salah”

Fuhhh, makin hangat isu ni.. Betul juga cakap Bella, kenapa nak lari dari keadaan tegang?

Featured Wed, 17 Aug 2022
Hiburan Thu, 17 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Eyra Hazali & Anak Buat Trend TikTok Raih Pujian Netizen

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya bersama ibunya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Eyra di laman TikToknya ketika mereka berdua sedang […]

Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Wed, 22 Jan 2020