Trending By: Attiqah Mohd January 23, 2020 @ 11:44am

‘Tempat Cantik Macam Ni Pun Free’- Lelaki Ini Kongsi Tempat Percutian ‘Free’ Kat Penang Korang Patut Lawat Tahun Ni

Bila pergi je penang, mesti aktiviti utama yang korang buat adalah cari tempat makan kan? Tapi, apa yang korang tak tahu sebenarnya dekat Penang ni banyak je tempat-tempat menarik yang korang boleh kunjungi secara percuma. Percaya atau tak, sebenarnya tempat-tempat best dan percuma dekat Penang ni wujud! Seorang lelaki di kenali dengan nama Aliff Aiman berkongsi thread menarik di Twitter.

Kalau korang pergi Penang, rasanya tak lengkap percutian korang kalau tak singgah dekat Bukit Bendera. Bukit Bendera merupakan salah satu “hospot” dekat Penang ni. Sedikit sejarah mengenai Bukit Bendera, dahulunya tempat ini merupakan kawasan penjajah yang dibuka untuk melakukan aktiviti penanaman Strawberi. Kalau dah sampai atas Bukit Bendera tu korang boleh tengok bandaraya Georgetown dan juga paras Laut dari atas dengan suhu sejuk 21 darjah celcius. 

Disebabkan dekat Gurney Drive ni banyak tempat makanan yang best, lokasi ini menjadi salah satu kawasan yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong . Jangan risau, dekat kawasan Gurney Drive ini turut disediakan restoran  halal dan bukan halal untuk para pengunjung menikmati makanan. Makanan wajib yang korang semestinya  pasembor, rojak dan char kuey teow. Padu bak ang!

Kalau korang dah rasa bosan berjalan sekitar Gurney Drive, korang boleh berjalan sekitar Shopping Mall iaitu Gurney Plaza dan Gurney Paragon Mall.

The Top Komtar ni adalah salah satu hidden gem dekat Penang. Percaya atau tidak, The Top Komtar ini mempunyai 68 tingkat. Di tingkat yang paling atas, korang boleh kunjungi  Rainbow Skywalk dan berjalan di atas jambatan kaca sambil menikmati panaroma bandaraya Penang. Selain itu, kat sini juga korang boleh mengembara melalui Avenue Of Adventures, Dinosaur Research Centre, Ocean Explorer, Gravityz dan sebagainya..

Buat si penggemar makanan dengan kuantiti yang banyak! Laksa, Sate, ABC dan juga Cendol dihidangkan dalam saiz jumbo. Muzium serba unik ini turut dilengkapi dengan replika yang realisitik. 

Pantai Batu Feringghi terletak hanya 15 km dari  bangunan Komtar. Di sini korang boleh lakukan aktiviti percutian yang chillex seperti seperti bermain banana boat, payung terjun atau kuda tunggang. Kalau dah ada di Pantai Batu Feringghi tak sempurna la kunjungan korang kalau korang terlepas menyaksikan pemandangan matahari terbenam. Cantik tau! Do it for the gram!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi ada lebih kurang 10 lokasi yang disenaraikan di thread tersebut. Apa tunggu lagi? Penang kami mai!

Sumber: Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Mar 2023

Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

Hafidz Roshdi tidak mengaku salah

Selebriti Sun, 3 Sep 2023
Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Featured Sat, 21 Jan 2023

Beli Barang Bundle Di Pasar Pagi, Netizen Suka Lihat Aliff Syukri Tidak Ujub & Riyak

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dipuji waragenet kerana tidak riyak dengan hanya ‘shopping’ di pasar pagi. @aliffsyukriterlajaklarisCuti-cuti melayan anak-anak di pasar pagi ♬ original sound – Terlajaklaris Menerusi perkongsian Aliff, dia suka membeli barangan […]