Hiburan By: SGMS Faida June 23, 2019 @ 1:27pm

Terbang Ke Monaco, Neelofa Antara Calon Influencer Award 2019

Khabar gembira buat pengacara dan pengusaha hijab, Neelofa apabila beliau dicalonkan menerusi kategori Entrepreneur dalam anugerah berprestij di peringkat antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco.

Bakal diadakan di Monaco pada 5 dan 6 Disember, Neelofa mengakui tidak menyangka tercalon dalam anugerah yang di pengerusikan oleh keluarga diraja Monaco.

“Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza.

“Tentulah, menang bakal menjadi satu yang besar kepada saya. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dna mengembangkan rangkaian saya.

“Insya-Allah, saya akan terbang ke sana kerana segala pengangkutan dan penginapan telah disediakan. Peluang ini bukan datang selalu, jadi saya sangat menghargainya. Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang,” katanya lagi.

Influencer Awards 2019 Monaco merupakan anugerah yang berprestij. Ini merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.

Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza. Sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.

Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Apr 2023

Peminat Saling Berbalah, Sibuk Bandingkan Aina Abdul & Siti Nurhaliza – “Saya Segan! Tolong Jangan Laga-Lagakan Kami”

Laaa… dua-dua penyanyi hebat. Patut kita bersyukur Malaysia ada penyanyi hebat macam TokTi & Aina😚

Hiburan Fri, 18 May 2018

Marsha Milan Teruja Sambut Ramadan Kali Ini

Menurut Marsha juga, bulan ramadan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan kerana pada bulan ini sahajalah kita dapat memperbanyakkan ibadah disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim

Hiburan Sat, 3 Feb 2024
Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Hidup Mewah Hasil Duit Haram, Erma Fatima Sindir Siapa?

Untuk apa kesenangan dari kesengsaraan sahabat sendiri kan?

Hiburan Wed, 11 Apr 2018
Trending Wed, 29 Jun 2022
Featured Tue, 9 May 2023