Hiburan By: Del14 January 28, 2020 @ 10:08pm

“Tercucuk, Dah Masuk” – MK Menggelupur Tengok Jarum?

Penyanyi rap MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan (24) dari kumpulan K-Clique menjadi ‘bahan’ netizen apabila fotonya menerima suntikan tular di laman Twitter.

Foto-foto yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @benygtersakiti menunjukkan MK seakan mengelak dan menutup mata apabila disuntik. 

Walaupun ada ramai peminat MK yang terhibur dengan gelagatnya dan memanggilnya ‘comel’, ada segelintir netizen mengambil kesempatan itu untuk mengenakan MK yang baru-baru ini tular kerana pengakuannya yang suka memakai ’emas’ walaupun tahu ianya berdosa. 

Baca: “Saya Ambil Masa 10 Tahun Buka Rantai, Jam Emas Rolex” – Caprice Backing MK K-Clique?

“Macam mana boleh takut dengan jarum. Dengan Tuhan relaks je.”

“Dalam lirik lagu bukan main “setan pun ku tendang”

“Hari tu sembang macam dan bersedia nak masuk neraka, dengan jarum pun menggelupur” antara komen-komen yang ditinggal netizen di ciapan tersebut. 

Perkongsian itu sehingga kini mendapat 5,700 ulang kicau dan 6,800 tanda suka daripada warga Twitter. 

Kredit Foto: Twitter @benygtersakiti

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Tue, 19 Jul 2022
Events Wed, 25 Jul 2018

A Pink Will Be Making a Stop in Kuala Lumpur in Asia Tour

The girls will be returning to the city for another night of fun.

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Betty Stylo Walaupun Dalam Pantang

Comel je kan mommy Betty ni!

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Tue, 11 Sep 2018

‘ Izinkan Mak Dapat Bertemu Abah Di Pintu Syurga Mu…’, Ibu Ellie Suriaty Meninggal Dunia

Sebelum ini, arwah yang berusia 76 tahun disahkan lumpuh separuh badan sejak hujung tahun lalu. Sejak itu, arwah hilang upaya makan, bercakap dan berjalan.

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Anak Pelawak Chot Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung

Difahamkan, bayi sulung Chot mengalami masalah injap jantung terbalik yang menyebabkan darah kurang masuk ke paru-paru. Al- Fatihah…

Events Sun, 27 Oct 2019

Jangan Lupa Saksikan 10 Protege Mentor Milenia 2019 Berentap Malam Ini!

Jangan ketinggalan UNDI protege kegemaran korang malam ini, 9 Malam guys!