Hiburan By: Syafiqa Irdina December 13, 2019 @ 3:24pm

Terima Ijazah Kedoktoran Ph.D Di Luar Negara, Tahniah Buat Fitri Haris!

Baru-baru ini, bekas penyanyi nasyid kumpulan UNIC, Fitri Haris telah menerima Ijazah Kedoktoran Ph.D di University Of Nottingham, United Kingdom pada 10 Disember lalu. Wah, hebatnya Fitri!

Khabar gembira itu dikongsi oleh Fitri Haris menerusi laman media sosial Instagram miliknya semalam.

“Alhamdulillah syukur ya Allah! Selesai majlis graduasi saya di University of Nottingham, UK  secara rasminya di anugerahkan Ijazah Kedoktoran Ph.D pada 10 hb Disember 2019. Setelah 4 tahun suka duka jatuh bangun. Terima kasih Allah,” ujar Fitri.

 

 
 
 
View this post on Instagram

“MAK SEGALANYA” @zainiharisnurqalbi Mak tiada kata yang dapat angah luahkan betapa mak kekuatan angah harungi semua ini. Di saat ramai mendoakan utk kejayaan dan tidak kurang yang menunggu detik kegagalan, Mak selalu di sisi dan DOA mak adalah punca kejayaan angah ini. Tanpa doa mak dan sokongan mak, tak mungkin angah kuat.. terima kasih mak. Ini buat mak.. terima kasih kerana dalam keadaan tidak sihat mak gagahkan jua utk menghadiri konvokesyen angah di UK ??. Ujian kita.. hanya kita yang tahu betapa banyaknya airmata kesakitan kita lalui.. moga Allah balas 1001 kebaikan buat mak.. miga barakah ilmu dan pahala yang mengalir dalam angah mendidik .. mak jua mendapat pahalanya… terima kasih mak.. mak lah segalanya … amin #bonda #mak #phd #drfitriharis

A post shared by Dr. Fitri Haris (Ph.D) (@fitriharisofficial) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram

“MY IRON MAN” Ayah… hanya Allah mampu membalas segala kebaikan dan kesabaran ayah dalam menanti detik ini. Gelak tawa ayah dan gurauan ayah yang terkadang kelakar terkadang tidak dan kehidupan seharian kita sudah cukup buat angah terhibur dan melupakan segala kesakitan dan ujian dalam hidup angah. Jika ada harta seluruhnya ingin angah beri segalanya dan senangkan ayah dan mak. Namun moga kejayaan ini dapat mengukir senyuman buat ayah dan membuktikan didikan ayah selama ini terhadao pelajaran angah tak pernah lupa. Dari zaman sekolah bila balik sekolah ayah akan check satu2 buku dan kerja sekolah. Nasihat dan ingatan ayah x pernah angah lupakan. Ayah.. ayahlah yang terbaik .. terima kasih menjadi insan yang paling teruja di hari konvokesyen angah.. i love u ayah @muhammadharis3829 dan mak @zainiharisnurqalbi .. #phd #drfitriharis #ayah

A post shared by Dr. Fitri Haris (Ph.D) (@fitriharisofficial) on

 
Netizen dan juga beberapa rakan artis lain seperti Hafiz Hamidun, Haiza Hanafi, Oki Setiana Dewi dan PU Amin dilihat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah atas kejayaannya.
 
 
 
 
 
Sekali lagi, sekalung tahniah Xtra ucapkan buat Dr. Fitri!
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Jun 2023

Digelar Kekwat Layan Peminat? Amir Ahnaf Enggan Perjelas Situasi Sebenar

Kita tunggu je lah penjelasan lanjut dari aktor kegemaran korang okay!😎✌️

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Siapa Sangka G-Dragon Semakin Gemuk!

Walaupun gemuk, G-Dragon tetap handsome kan? Siapa setuju? Saranghae Oppa…

Hiburan Mon, 7 May 2018

Eksperimen ‘Jijik’, Pelakon Siri Popular Ditahan

Perkara itu didedahkan selepas bekas pelakon Kanada, Jennifer Kobelt membuat laporan kepada pihak berkuasa New York mengenai eksperimen dilakukan Porter yang mengakibatkannya trauma.

Featured Wed, 13 Apr 2022
Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Featured Thu, 24 Aug 2023

‘Backup’ Suami Isu Poligami, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Beri Respons Padu

Kita doakan je lah yang baik-baik eh😔 Benda dah jadi, nak bising pun tak berguna!

Hiburan Fri, 3 Jan 2020