Events By: Ad Ops July 12, 2018 @ 8:55am

Tuah Anak Yatim Berkunjung Ke Sunway Lagoon!

Sempena Hari Raya Aidifitri, Ahad lalu, pihak Sunway Lagoon telah menjemput lebih kurang 70 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Kuang untuk menikmati hari yang penuh dengan keseronokan. 

Acara ini bermula dengan tarian alu-aluan dari penari Sunway Lagoon dan pasangan maskot Sunway Lagoon iaitu, Captain Quack dan Lady Quack yang memakai pakaian tradisional bagi menyambut anak-anak yatim tersebut dengan keadaan yang meriah sekali!

Sebaik sahaja selesai sesi penggambaran, anak-anak yatim ini dibawa pula  ke Wildlife Park untuk melihat pelbagai haiwan yang mempunyai 150 spesis secara dekat.                         

Melalui lawatan ini juga, kanak-kanak dari Rumah Anak-anak Yatim Damai, Kuang dapat mengenali harimau putih iaitu Samson dan Asha. Singa putih iaitu Zola dan Zuri, black panther dan banyak lagi! Wow!

Untuk memeriahkan lagi suasana sempena lawatan mereka kali ini, anak-anak yatim Damai, Kuang turut dihiburkan dengan persembahan Wildlife Theater dari Wildlife Multi-Animal Show. Menarikkan! 

Nampaknya, adik-adik kita dari Rumah Anak-anak yatim Damai juga sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan SpongeBob SquarePants dan Patrick Star untuk sesi suai kenal di Nickelodeon Lost Lagoon, taman tema Nickelodeon yang pertama Asia.

Selain itu, pihak Sunway Lagoon juga turut membuat kejutan kepada adik-adik yang lahir pada 8 Julai. Sudah tentu acara ini akan menjadi memori yang sangat istimewa buat adik-adik kita ni kan? 

Menurut Pengurus Besar Sunway Lagoon, Sean Choo berkata, taman tema rekreasi ini merupakan taman tema untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga.

“Sunway Lagoon adalah tempat untuk menyatupadukan orang ramai dan mencipta memori indah bersama. Kami berasa senang dapat melihat keceriaan dan gelak tawa kanak-kanak dari Rumah Anak-Anak Yatim Damai yang bergembira bermain di taman tema ini. Musim perayaan pula ialah masa untuk berkongsi kasih sayang dan kami amatlah bangga dapat memberikan senyuman, kegembiraan dan kenangan indah buat mereka terutama pada musim raya ini.” Jelasnya

Tahniah diucapkan kepada pihak Sunway Lagoon kerana telah berjaya menjayakan acara yang sangat istimewa ini buat  Anak-Anak Yatim Damai, Kuang!

Ditulis Oleh: Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 May 2022

“Saya Memang Bertudung” – Pakai Wig, Normah Damanhuri Tak Mahu Rambut Sendiri Terdedah

Normah Damanhuri mengenakan wig untuk tidak mendedahkan rambutnya sendiri.

Featured Wed, 5 Oct 2022

“Setengah Orang Iri Hati & Cuba Jatuhkan…” – Penat Dikecam, Anna Jobling & Meerqeen Pilih Privasi

Anna bersyukur ada fans yang sangat supportive menyokong #Meerna dari belakang! Apapun kita kena hormat permintaan aktres jelita ni okay 🥰🥰

Featured Mon, 20 Mar 2023
Events Wed, 20 Nov 2019

丁当「假戏真做」和王柏森关系真如父女!深情告白连粉丝都流泪

Della丁当、王柏森和陈乃荣为音乐剧《搭错车》提前抵马出席粉丝交流会;活动上丁当对着「父亲」王柏森深情告白,感动得连粉丝都不禁流泪。

Hiburan Sun, 14 Jul 2019

“Ada Kereta Masuk Kanan Tiba-Tiba…”- Ebit Lew Cemas Kena Langgar

Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi…