Hiburan By: SGMS Faida January 17, 2019 @ 10:42am

Tukar Angin, Black Mahu Jadi Penyanyi Nasyid?

Sepuluh tahun bergelar penyanyi, Black mengakui mula tertarik membawakan lagu-lagu berkonsep keagamaan.

Juara Mentor musim ketiga ini memaklumkan dia mahu menghasilkan lebih banyak  lagu yang mendekatkan dirinya dengan Tuhan.

“ Kalau orang tanya, apa bakti saya kepada agama, sekurang-kurangnya saya ada lagu kerohanian.

“ Sesuai dengan status saya sebagai seorang suami dan bapa, saya rasa lagu berkonsep begini dekat dengan jiwa saya,” katanya kepada BH Online.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah memberitahu dia pernah menghasilkan lagu duet bersama Rabbani berjudul Dalam Aku dan Seruanmu yang mengingatkan kepada Masjid Al-Aqsa. 

“Saya juga yakin lagu seperti ini ramai orang suka, cuma saya tak pasti penerimaan peminat apabila saya menyanyikannya.

“ Single seterusnya ini mendapat sentuhan komposer, Omar K manakala lirik dihasilkan saya sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Black merancang mengadakan konsert di Kuala Lumpur dan Singapura.

Menariknya, konsert kali ini mungkin disertai oleh dua sahabatnya, Tomok atau Hazama. Selamat Maju Jaya, Black!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 8 Jan 2022

Putus Harapan Cari Jodoh, Lelaki Nekad Kahwin Dengan Robot Berharga RM18,000

Ketika hilang harapan untuk mencari jodoh, seorang lelaki dari Queensland, Australia nekad berkahwin dengan robot dan menghabiskan masa bersamanya. Menurut laporan Oddity Central, lelaki berkenaan, Geoff Gallagher berkata selepas ibunya meninggal dunia kira-kira 10 tahun […]

Cahaya Mata Mon, 28 Nov 2022
TECH Sat, 24 Feb 2018

Rakyat Malaysia Ketagih Telefon Pintar!

Malaysia merupakan  antara negara yang  rakyatnya memiliki telefon pintar tertinggi di dunia malah 78.7 %  daripada 24,572,446 adalah pengguna internet.

Hiburan Fri, 6 Jan 2023

Lucu! Gelagat Syatilla Melvin Jual ‘Preloved’ Baju Shaheizy Sam Curi Tumpuan – “Dengan Baju-Baju Aku Sekali Dia Pergi…”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Shaheizy Sam di platform TikTok apabila isterinya, pelakon Syatilla Melvin menjual bajunya secara ‘preloved’, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Sam sedang merakam Syatilla yang sedang sibuk menjual […]

Trending Hari Ini Thu, 30 Apr 2020
Hiburan Tue, 12 Mar 2019

DFKL Cari Pakej, Pengarah Nur Setuju Dengan Kenyataan A Aida?

Bayangkan kalau abam letak Siti Kasim sebagai heroin, korang sanggup setia tengok sampai episod 15 tak?

Hiburan Sun, 29 May 2022
Hiburan Fri, 19 Apr 2019

暌违19年再踏槟城舞台!费玉清经典美声824槟城重现

「小哥」费玉清暌违19年后再度踏上槟城的舞台,让粉丝再有机会一睹小哥的风采!