Hiburan By: Ad Ops April 6, 2018 @ 9:36am

Ude Wahid Semakin Biadab?

Isu penceraian Ude Wahid dan Intan Liana merupakan antara topik hangat yang masih diperkatakan sehingga kini. Perceraian pasangan ini berpunca daripada orang ketiga yang melibatkan pelakon terkenal, Izreen Azminda.

Namun isteri baru Ude, Izreen Azminda menafikan dakwaan yang dia adalah punca kepada keretakkan rumah tangga mereka.

Perbezaan yang begitu ketara terhadap bekas isteri Ude kerana, beliau kelihatan lebih menyerlah selepas bergelar ibu tunggal. Intan juga sering dilihat menerima pelbagai tawaran untuk menjadi model muslimah dan turut dijemput menghadiri pelbagai program TV. 

Namun, tidak berhenti disitu Ude baru-baru ini telah memuat naik gambar dilaman instagram beliau yang menunjukkan sarapan roti telur yang dibuat oleh isterinya, Izreen. Dalam ruangan caption tersebut, Ude seakan-akan memerli bekas isterinya yang dianggap sudah move on.

Menurut posting berkenaan, Ude seperti bersyukur kerana mempunyai isteri penyayang yang menyediakannya sarapan pagi.

Ude  juga sempat menggelarkan roti telur tersebut sebagai roti telur ‘move on‘. Hmm kenapa perlu move on? Nak perli siapa tu? Lantas, bertanyakan berapa banyak move on yang diperlukan. Ramai netizen berpendapat bahawa gambar tersebut ditujukan kepada bekas isterinya. 

Justeru itu, apa pun yang berlaku diharap kedua belah pihak bersikap profesional dalam menangani masalah terutamanya melibatkan pihak keluarga masing-masing. 

Ditulis oleh: Nur Nasuha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 20 Apr 2018

Kenapa Ramai Wanita Bertarung Kanser Di Usia Muda?

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah!

Featured Wed, 22 Dec 2021

Tamat Status Ibu Tunggal, Oktovia Manrose Nikahi Bekas Pemain Bola Sepak

Pelakon Oktovia Manrose, 30, telah sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak Felda United, Mohamad Khairul Efsan Mdisa 31, pada malam Selasa. Dengan sekali lafaz Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia dinikahkan […]

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

Bapa Liza Hanim Meninggal Dunia

Bapa penyanyi Liza Hanim, Abdul Halim Abdul Razak, 73, meninggal dunia akibat kanser di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), sebentar tadi.

Events Mon, 2 Jul 2018