Events By: Salma Syahbuddin February 12, 2020 @ 1:11pm

[VIDEO] “Persembahan Aina Tak Ada Unsur Insinuation”- Peguam Ini Buka Mulut

Kontroversi yang melanda persembahan penyanyi Aina Abdul tidak hanya habis setakat berakhirnya #AJL34, malah isu ini semakin mendapat perhatian apabila seorang peguam bernama Alan Razak tampil mendedahkan maksud disebalik persembahan Aina menerusi lagu Sumpah beliau.

Beliau memberikan komen atas kapasiti seorang peguam dan turut mengupas Kod Kandungan yang dikatakan telah melanggar etika ‘Communication and Multimedia Content Forum Of Malaysia’ (CMCF).
 
” Aku tak sempat nak tengok AJL34 minggu lepas sebab kena prepare untuk berperang dengan Penolong Kanan Pendaftar yang pandai-pandai reject Perintah Bersih untuk kes anakguam sampai Hakim kena masuk campur. Meninggi jugalah vocal aku ni macam Aina Abdul atas pentas AJL tu cuma tak berdarah je bib time tu. Eh.
 
” Lepas dah tengok aku cuba faham apa yang berlaku. Dia nyanyi lagu. Dia cuba appresiasi dan terjemah lagu tu dengan cara yang orang anggap menggalakkan bunuh diri.
 
” Pasal appresiasi seni ni bukan bidang aku. Yang aku tau kalau Dayang Nurfaizah nyanyi aku memang emo kalau sapa-sapa kacau line.
 
” Tapi kes Aina ni menarik sebab PHM kaitkan dengan salah laku berdasarkan kepada “Communication and Multimedia Content Forum of Malaysia”(“CMCF”) CMCF ni apa?
 
” CMCF ni adalah Kod Kandungan mengandungi piawai-piawai dan amalan-amalan dalam industri komunikasi dan multimedia. Kod Kandungan ini dibuat yang disediakan selaras dengan peruntukkan di bawah Seksyen 95 AKta Komunikasi dan Media 1998 (“Akta 588”)
 
 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

 
” Dalam Kod Kandungan tu ada pecahan-pecahan dalam bentuk ‘Bahagian’ yang memberi garis panduan pada amalan dalam industri. Dalam kes Aina ni Bahagian 2 Poin
4.0 berkaitan dengan ‘Violence’ adalah releven.
 
” Poin 4.3(i)(a) dalam tu diterangkan apa adegan atau perbuatan dalam amalan industri yang terjumlah kepada maksud ‘Violence’ dan apa garis panduan dalam gambaran keganasan dalam amalan seni
 
” Menurut Poin 4.3(i)(a) tersebut dinyatakan kesan gambaran keganasan sama ada fizikal, secara lisan ataupun berbentuk psikologi, boleh mengganggu, mencemaskan dan juga menyinggung perasaan penonton. la juga boleh menyebabkan ketakutan yang tidak berasas dikalangan penonton dan juga menggalakkan peniruan
 
” Point 4.3(i)(c) disebut berkenaan dengan pemaparan amalan kejam dan penderaan, imejan kecederaan dan serangan dan pemaparan darah yang eksplisit dan keterlaluan hendaklah dielakkan
 
” Mungkin ini la yang PHM cuba kaitkan dengan persembahan Aina. Sampai lah dia kena kecam teruk. Sampai kawan-kawan kat Mahkamah pagi tadi pun ada cerita tapi time tu aku tak berkesempatan telaah Kod Kandungan ni, dan lepas tengok aku berpendapat kecaman dari PHM tu banyak khilafnya, dan salah letak (misplaced)
 
” Pada aku PHM khilaf sebab walaupun disebut pasal pemaparan darah patut dielakkan, Point 4.3(i)(d) walaubagaimanapun membenarkan pemaparan semua adegan yang disenaraikan secara umum dalam ‘heading’ Poin 4.3.
 
“Cuma terma yang digunapakai adalah ‘due consideration’, ‘use of appropriate editorial judgment’ dan ‘exercise of caution”
 
” Kepada PHM, nasihat aku, cukup-cukup la tu. Jangan salibkan Aina yang pada aku hanya sekadar berkarya dengan ikhlas.
 
Dan menerusi perkongsian ini, rata-rata peminat dan followers beliau bersetuju dengan pandangannya terhadap persembahan Aina Abdul yang dianggap sebagai simbolik semata-mata.
 
Apapun, diharap penerangan ini mampu menjelaskan kemelut yang melanda persembahan Aina Abdul pada #AJL34 lalu.
 
 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 2 Jan 2022

Sofyank & Amerul Affendi Bergabung Pakai Ilmu ‘Dr Strange’?

Personaliti media sosial Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah, 26, telah berkolaborasi bersama pelakon, Amerul Affendi dalam sebuah video terbaru. Sofyank yang dikenali dengan video-video suntingan yang penuh ‘trick’ kali ini mempersembahkan teknik yang menggunakan kuasa […]

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

46 Hari Di Set Pujaan Hati Kanda, Ayden Mikael Tak Pernah Menangis?

Kata ibunya, Puan Anna Abdullah, punyalah susah untuk buat Mika menangis sampai mereka terpaksa buat sesuatu…

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Sabyan Gambus Gegar Stadium Malawati 12 Januari Depan

Kumpulan terkenal dengan lagu Deen As Salam ini akan menghiburkan peminat dengan alunan selawat 12 Januari depan. Jom dapatkan tiket sekarang!

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

黄明志遭扣4天获释「谢谢大家的关心」

黄明志因新歌《狗一样》遭到扣留,该首歌曲影片因涉嫌侮辱伊斯兰教,触犯宗教敏感线,在4天扣留期届满后,他终于在26日被允许保释外出,随即在脸书发文向粉丝报平安。

Kes Mahkamah Thu, 4 Apr 2024
Hiburan Thu, 23 May 2019

Westlife前成员Brian McFadden为Boyzone大马站巡演任演唱嘉宾

Westlife前成员Brian McFadden为6月14日Boyzone大马站巡演担任表演嘉宾!

Featured Sun, 18 Jun 2023