Trending By: Attiqah Mohd February 4, 2020 @ 11:51am

(Video) Saksikan Detik Mendebarkan Rakyat Malaysia Dari Wuhan Tiba Di KLIA

Alhamdulillah, kerajaan China telah memberi izin untuk membawa rakyat Malaysia pulang dari Wuhan, China..

Rakyat Malaysia yang berada di wilayah Wuhan, China hari ini telah selamat pulang ke Malaysia. Dipercayai pesawat yang membawa 133 individu termasuk 107 rakyat Malaysiat tiba di KLIA 2, Sepang awal pagi ini. Mereka diterbangkan oleh pesawat Air Asia dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).

Rakyat Malaysia dikuarantin di Wuhan kini selamat dibawa pulang susulan novel coronavirus 

Terdahulu, rakyat Malaysia yang berada di Wuhan dikuarantin di bandar tersebut susulan novel Coronavirus yang melanda wilayah itu. Sejurus tiba di KLIA, para penumpang dan kru pesawat dibawa ke Unit Kecemasan Udara, KLIA untuk saringan tapisan kesihatan.

Sebahagian dari 107 individu yang dibawa pulang dari Wuhan, China selamat tiba di negara ini dengan menaiki pesawat khas AirAsia di Air Disaster Unit (ADU), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). foto IQBAL BASRI, 04 FEBRUARI 2020

Dalam pada itu, pesawat tersebut turut membawa bersama 500,000 sarung tangan getah sebagai saluran bantuan buat kerajaan China dalam membanteras penularan Coronavirus. Semua penumpang diwajibkan melalui tapisan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan sebelum dibenarkan berlepas pulang ke Malaysia. Mereka dipercayai tiba di KLIA 2 pada jam 5.57 pagi tadi. 

Saksikan video kepulangan rakyat Malaysia di Youtube Buletin TV3

Kredit foto: Malaysiagazette

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 May 2022

“Saya Pernah Sayangkan Seseorang…” – Syafie Naswip Kini Lebih Bahagia

Syafie kini lebih bahagia selepas meninggalkan hubungan toksik dengan bekas tunang.

Trending Tue, 24 Nov 2020
Trending Sun, 31 Dec 2017

Cahaya Skrin Handphone Membahayakan Anak-anak

zaman serba canggih masing-masing mempunyai handphone termasuk anak-anak tetapi adakah anda tahu bahayanya?

Featured Mon, 29 May 2023
Featured Wed, 27 Jul 2022
Featured Wed, 13 Apr 2022

Didakwa Bawa Lari Hutang Berjumlah RM720,000, Mawar Karim Dedah Difitnah ‘S’

Menurut Mawar, ini bukan kali pertama dia difitnah oleh individu tersebut..

Trending Tue, 17 Apr 2018

一看到书就想睡?用「它」阅读立刻变有趣!

对于习惯滑手机吸收新知的现代人来说,看到实体的书本,可能会稍嫌枯燥乏味,甚至读不到几页就就会有睡意来袭、犯困想睡!若你也深受其扰,可以试试(这个)……

Featured Mon, 6 Sep 2021