Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerimanya.
Tular di laman media sosial baru-baru ini apabila seorang individu misteri yang tidak mahu namanya dikenali, telah menyumbang sebuah mesin pengesan virus di Pusat Penyeldikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu!
Ternyata, mesin tersebut bukanlah mesin biasa namun mesin Real Time Polmerase Chain Reaction (PCR) Detection System tersebut dikatakan mencecah harga RM148,000. Mulia sungguh insan yang mendermakan mesin ini di saat-saat genting yang dilalui negara ketika ini.
Menurut laporan Harian Metro bertarikh 26 Mac semalam, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr. Annuar Rapa’ee telah menerima sumbangan itu dan menyerahkan peralatan ujian pengesanan jangkitan covid-19 itu kepada Pengarah Hospital Sibu, Dr Mohamad Ng Siah Huat.
Diterbangkan Khas Dari KL Ke Sibu
Mesin tersebut juga telah diterbangkan khas dari Kuala Lumpur untuk penambahan mesin dari yang sedia ada di Hospital Sibu. Kata Dr. Annuar kepada Harian Metro, penambahan mesin tersebut dapat meningkatkan lagi kemampuannya untuk menjalankan ujian pengesanan jangkitan covid-19.
Terima kasih Xtra ucapkan buat penderma misteri yang membantu dan diharapkan lebih ramai lagi yang dapat menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.
Apa-apa pun, sekali lagi diingatkan kepada semua rakyat Malaysia supaya sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan dan setiap individu wajib dan peka untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya wabak Koronavirus.
Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama .
Baca Juga: Ayuh Rakyat Malaysia! Sahut Seruan Agong Untuk Laksana Solat Hajat Perangi Wabak COVID-19
Baca Juga: COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan
Baca Juga: COVID-19: Jurulatih Bola Sepak Sepanyol Meninggal Dunia Di Usia 21 Tahun