Hiburan By: Salma Syahbuddin February 20, 2020 @ 12:34pm

[VIRAL] “Saya Tak Nak Duit, Saya Mahukan Kejujuran” Bekas Kekasih Naim Daniel Tuntut Royalti Lagu Sumpah

Selepas kemenangan lagu Sumpah pada AJL34 9 Februari lalu, bekas kekasih penyanyi Naim Daniel, Dayana Amerda nampaknya tampil menuntut hak cipta bersama lagu Sumpah.

Menurut Dayana, ketika sidang media yang diadakan di Kota Damansara, Petaling Jaya semalam, tuntutan yang dibuatnya itu hanyalah atas dasar hak cipta semata-mata tanpa melibatkan wang ringgit. 

 

” Saya taknak duit, apa yang saya mahukan hanyalah kejujuran daripadanya. Tapi kalau contoh dia daftarkan nama saya secara tak langsung memang saya dapatlah royalti tu. Tapi bagi saya royalti itu nombor dua” Katanya.

Dayana yang diwakili peguamnya, Datuk Ahmad Zaharil Muhalar turut ditemani ibunya, Che Rohaida Che Daud bersama dengan pengerusi Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob and Majid.

Beri tempoh 7 hari untuk Naim Daniel kemuka bukti

Tambah Dayana lagi, pihaknya memberiakn tempoh selama seminggu untuk Naim itu membuat pengakuan secara sah dan terbuka yang menyatakan lagu tersebut merupakan karya ciptaan beliau bersama penyanyi itu.

” Tempoh yang diberikan selama seminggu untuk dia tampil membuat pengakuan , tidak kisahlah dalam bentuk video atau sidang media. Cuma pihak kami berlapang dada sekiranya beliau mahu berjumpa dan berbincang mengenai hal ini secara terperinci.” Jelasnya

Terdahulu Naim pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana individu yangmahu menuntut hak cipta bersanma lagu Sumpah haruslah mengemukakan bukti yang kukuh. 

Untuk mengetahui berita selanjutnya, korang boleh saksikan Melodi pada setiap hari Ahad, jam 12 tengah hari hanya di TV3 menerusi Youtube Tv3 Malaysia dan LIVE TV di www.xtra.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Wow! Rihanna Tayang Gambar ‘Nakal’?

Lebih dari 5 tahun menunggu!

Featured Thu, 3 Nov 2022
Drama Thu, 15 Dec 2022

Redza Rosli Tiada Niat Sakiti Scha Elinnea

Alamak kenapa Scha Elinnea disakiti Redza?

Featured Fri, 4 Mar 2022
Hiburan Sun, 18 Nov 2018

梁洁吻戏多不怕未婚夫吃醋!王浩歌私下是暖男

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》演员陈宥维、梁洁、孙艺宁和王浩歌来马宣传;剧中吻戏多的梁洁透露,不怕未婚夫吃醋,还笑说“他也是有啊!”