Dirinya difitnah kerana mengeluarkan kenyataan di media sosial , instagram? Kini Waris tampil dengan membuat laporan polis selepas kenyataan itu tersebar. 

Penyanyi Rap yang terkenal dengan loghat Negeri Sembilan ini memberitahu, ada pihak yang cuba untuk menyebarkan fitnah tanpa usul periksa sehingga menjatuhkan reputasinya sebagai penyanyi underground

Justeru, Waris terpaksa membuat laporan polis agar pihak yang tidak bertanggungjawab itu dikenakan tindakan yang setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

Gambar Waris setelah membuat laporan polis

“Sey dah buek repot polis berkaitan fitnah di media sosial yang dibuek oleh akaun yang tak bertanggungjawab.
Yang menyebarkan tanpo usul perikso pun akan kono. Satu-satu akan di peteng. Untuk sebarang tindakan.
Biarlah pihak berkuaso buek siasatan dan dibawo ko muko pengadilan.Terimo kasih IPD Seremban.”

Ini adalah statement yang dikeluarkan oleh seseorang yang menggelar dirinya sebagai Warisn9 dengan mengeluarkan kata-kata yang agak kasar berkenaan muzik underground.

Gambar paparan skrin yang ditunjukkan oleh Waris

Hal yang sedemikian sekaligus mengguris hati para peminat muzik underground yang melabel Waris sebagai seorang yang lupa diri.