Events By: Salma Syahbuddin January 10, 2020 @ 12:46pm

Warna-Warna Suara Diangkat Sebagai Tema #AJL34 Kali Ini

Anugerah Juara Lagu 34 hadir dengan tema Warna-Warna Suara bakal menemui peminatnya pada 9 Februari ini.

Seperti tahun lalu, Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada pukul 9.00 malam. Pada malam itu nanti, AJL34 akan memulakan kehangatannya dengan Karpet Merah secara strim langsung definisi tinggi (HD) di laman tonton pada pukul 8 malam, atau pada pukul 8.30 malam di TV9.

Seramai 12 finalis yang telah dikenal pasti akan berentap demi gelaran Juara Lagu 34 ditemani oleh Haziq Hussni, Sherry Al Hadad dan Awal Ashaari selaku hos untuk acara berprestij ini. 

 

Seperti tahun lalu, AJL34 juga akan menjual tiketnya melalui laman web https://myticket.asia/ dengan harga serendah RM30, bermula hari ini, 9 Januari 2020, pada pukul 9 malam. Para peminat AJL34 boleh dapatkan tiket AJL34 mengikut aras tempat duduk yang dikehendaki iaitu Arena (RM60), Aras 3 (RM40) atau Aras 4 (RM30)

Peminat tegar finalis AJL34 turut berpeluang bertemu selebriti pujaan mereka sebelum tiba AJL34 di sebuah acara kolaborasi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Showcase Anugerah Juara Lagu 34 yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 18 Januari 2020 di Panggung Anniversari, Taman Botani, Kuala Lumpur.

So, jangan ketinggalan untuk merasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 secara langsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil nanti! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Thu, 16 Nov 2017

Fattah Amin dan Fazura Bernikah Secara Senyap

Belum lagi pulang dari umrah sudah terdengar lagi khabar angin katanya pasangan ini sudah bernikah secara senyap! Apa pun tunggu sahaja kepulangan mereka dan sidang media yang akan diadakan nanti

Featured Tue, 4 Oct 2022

“Boleh Cop Jadi Menantu” – Netizen Usik Elfira Loy Supaya Berbesan Dengan Mira Filzah

Wahh kecil-kecil lagi dah dijodohkan 😅 Comel betullah Amir dengan Aria ni! 😍

FESYEN Wed, 10 Jul 2019

Pertama Kali Di Malaysia, Pameran Fesyen Mewah Ini Curi Tumpuan Neelofa!

Wow, pameran jenama fesyen apa tu sampai Neelofa pun datang..