Hiburan By: Salma Syahbuddin October 2, 2018 @ 6:00pm

Betul Ke Zul Ariffin Jatuh Cinta Dengan Azira Syafinaz ?

Setelah lama menyepi daripada muncul di kaca televisyen menerusi slot drama dan sebagainya, kali ini Zul Ariffin kembali dengan drama bersiri terbitan Orangetree Production Sdn Bhd dibawah arahan Zamri Zakaria.

Menurut pelakon yang terkenal bukan sahaja bakatnya dalam bidang lakonan tetapi kontroversi melibatkan dirinya ini, Zul akui sudah lama menyukai Azira Syafinaz. Tetapi, itu semua itu hanyalah dalam drama terbaharu lakonan beliau berjudul Seribu Rindu yang bakal disiarkan di slot Akasia, TV3.

Drama 28 episod ini merupakan drama penuh konflik dan melibatkan percintaan 3 segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisara (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim). Dalam drama ni Irfan merupakan seorang Chef yang sudah lama menyukai Maisara sejak kecil lagi. Kerana, Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tok Ma yang merupakan nenek  kepada Maisara. Namun, sebenarnya kepulangan Maisara ke kampung adalah disebabkan konflik yang berlaku antara dirinya dan Dr. Ariel.

Konflik antara mereka semakin rumit apabila Irfan mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, tetapi Ariel muncul semula demi menagih cinta Maisara.

Menurut Pengarah drama Seribu Rindu ini, pemilihan pelakon adalah berdasarkan kepada populariti dan hasil perbincangan pihak produksi. Menurut pengarah, walaupun ini adalah kali pertama bekerja bersama Zul dan pelakon lain, Zamri menyifatkan mereka sangat dedikasi dan komited dalam menjalankan kerja mereka.

“Pemilihan tu adalah berdasarkan kepada populariti kerana drama ini akan disiarkan di slot akasia kan, jadi pemilihan Zul Ariffin, Azira Shafinaz , Fadlan Hazim dan sebagainya adalah untuk menaikkan rating drama itu sendiri. Ini adalah kali pertama bekerja bersama mereka, jadi kita tengoklah masing-masing punya keadaan dan mana yang kita boleh bantu, kita sama-sama bantu.” Katanya kepada xtra ketika ditemui di lokasi penggambaran Seribu Rindu, di Puchong semalam. 

Drama 28 episod ini turut menampilkan pelakon seperti, Mona Aleen, Ku Faridah dan ramai lagi pelakon hebat.

Jadi jangan lupa saksikan drama Seribu Rindu yang bakal menenmui anda pada November ini pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7 Malam, hanya di TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jun 2019
Hiburan Mon, 10 Jul 2023

Zizan Razak Dedah Ibu Bapa Pernah Halang Jadi Artis, Main Gitar – “Kawasan Rumah Saya Dah Macam Filem Pablo Escobar”

Ibu bapa mana tak nak yang terbaik buat anak mereka kan tapi kena juga ambil kira minat anak

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

2020农历新年倒数派对!多位知名艺人山上陪你过大年

2020鼠年春晚众星云集云星剧场,带来乐趣和动感十足的跨年演出!

Hiburan Sun, 19 Nov 2023
Featured Wed, 23 Jun 2021

“Nak Pakai Tudung Semula, Tapi Kena Istiqamah Dulu”- Uqasha Senrose

Pelakon jelita, Uqasha Senrose meluahkan  hasrat hatinya untuk berhijrah dan kembali mengenakan hijab. Perkara itu dikongsi Uqasha menerusi satu video Tiktok  yang dimuat naik yang menampilkan pelakon itu tampil sopan dan manis lengkap memakai hijau […]

Hiburan Mon, 13 Aug 2018

Pengaruh Eina Azman, Netizen Mula Rajin Masuk Dapur

Tidak menyangka rakaman video masakan yang dimuat naik menerusi laman Instagram milik Datin Paduka Eina Azman telah memberi pengaruh kepada ramai netizen untuk ke dapur.

Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Wow! Che Ta Gayakan 20 Persalinan Raya Ini

Pada mulanya, kami merancang hendak beraya di Australia, tetapi disebabkan anak-anak ada peperiksaan, maka perancangan dibatalkan.