Gara-gara beberapa keping gambar wanita seksi yang tersebar di Twitter semalam, pelakon Zul Ariffin kembali dicari oleh pihak media.

Instagram  milik wanita asal Ukraine itu juga menjadi sasaran netizen apabila laman komennya dipenuhi dengan komen sinis sejak semalam.

Pelakon Zul Ariffin tampil menjelaskan dia mengaku mengenali wanita itu.

“ Dia hanya kawan biasa. Wanita itu juga seorang pelakon dan kami kenal ketika bercuti di Phuket, Thailand.

“ Kebetulan kami sama-sama menjalani latihan seni mempertahankan diri Muay Thai di sana. Saya layan dia sama seperti orang lain,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Tambah Zul, isu ini bakal berpanjangan sekiranya dia mengulas lanjut.

“ Saya tak boleh puaskan hati semua orang, terpulang pada anda untuk mengandaikan apa saja. Saya tak mahu komen apa-apa. Biar masa yang akan menjawabnya,” katanya.

Pelakon bertubuh sasa ini dilaporkan baru saja pulang dari pulau peranginan terkenal itu bagi menjalani latihan Muay Thai untuk filem terbaharunya.