Hiburan By: SGMS Enal July 18, 2019 @ 12:00pm

Zul Ariffin Tegur Pelakon ‘Berkira’

Ketika segelintir pelakon membangkitkan isu mengenai bayaran untuk mempromosikan drama dan filem di media sosial, Zul Ariffin pula berpendapat sebaliknya.

Dia yang masih laris dengan pelbagai tawaran drama dan filem, bersedia mempromosikan produksi yang dibintanginya secara ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.

Melihatnya sebagai medium untuk menguar-uarkan hasil kerjanya kepada umum, Zul berkata, dia tidak sesekali berkira apabila diminta mempromosikan filem atau drama lakonannya di media sosial, terutama Instagram.

“Menerusi produk yang ditayangkan, peminat akan menyedari hasil kerja kita. Jadi, mengapa perlu berkira kerana nanti kita juga akan mendapat manfaatnya?

“Lagipun, sekarang banyak medium yang ada untuk mempromosikan produk dengan lebih cepat dan berkesan. Saya juga tidak kisah jika diminta turun padang, malah berbesar hati menerima peluang itu,” katanya.

Melihat usaha itu sebagai cara untuk terus mendekatkan diri dengan peminat, Zul turut menegur sikap segelintir pelakon yang hanya memikirkan keuntungan peribadi.

“Saya tahu ada pelakon yang berkira jika diminta mempromosikan lakonan mereka di Instagram. Mengapa terlalu berkira, sedangkan mereka juga terbabit dalam produksi yang mahu dipromosikan itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media filem Sangkar.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Titian Cinta itu berkata, dia juga melihat perkara itu sebagai cara untuk menjaga hubungan jangka panjang dengan pihak produksi dan stesen televisyen.

“Apa yang kita buat diperhatikan. Kalau terlalu berkira, mungkin produksi berat hati untuk memberikan tawaran baharu. Kita perlu menjaga hubungan, terutama dengan syarikat produksi besar.

“Jika drama lakonan mendapat sambutan, pelakon juga yang akan untung apabila menerima pelbagai tawaran baharu,” katanya.

Kredit: Berita Harian Online. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 2 Jun 2022

Idam Hidung Persis Artis K-Pop Bertukar Mimpi Ngeri… Akhirnya Berubah Jadi Senget & Bengkok!

Padah nak buat hidung artis K-Pop akhirnya menjejaskan hidung asal.

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Meghan Markle Hamil Anak Kedua?

Wah, kalau betul apa salahnya kan?

Hiburan Sun, 4 Aug 2019

刘思延自创「失恋疗愈套餐」813首播单曲 《海滩上的字》

Suzanne刘思延揪心单曲 《海滩上的字》8月13日起首播,蜜糖吐司初体验,女汉子粉红心大爆发自创「失恋疗愈套餐」!

Events Sun, 6 Oct 2019

伍佰自称是牛郎!每年来马与织女「幽会」

已连续5年来马演唱的他,形容自己为牛郎,每年来马与「织女们」相会,还入乡随俗地为歌迷们送上红遍亚洲的印尼民歌《 Bengawan Solo》,唱起印尼语来还非常「溜」!

Hiburan Wed, 25 Oct 2023

Menggeletar Dengar Kata-Kata Tok Ram, Rasa Ditertawakan Netizen… Aina Abdul Sedar Diri, Lebih Bersemangat Terbitkan Imaji

Tahniah Aina! Akhirnya Aina buktikan Aina pun boleh keluarkan album❤️ Dapatkan Imaji segera geng✌🏼