FESYEN By: Del14 August 22, 2019 @ 2:24pm

Artis ‘Turun Padang’ Memeriahkan KLFW 2019

Setiap tahun, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) adalah satu acara yang amat di nanti-nantikan di mana ramai pereka fesyen yang sudah pun menempah nama di industri fesyen tanah air mahupun yang baharu berjinak-jinak dengan dunia fesyen akan memperagakan koleksi Musim Bunga/Panas mereka. Acara tahunan ini diasaskan oleh saudara Andrew Tan, pemilik Andrew Models dan tahun ini KLFW ingin memberi tumpuan buat pereka-pereka tempatan.

“Tahun ini kita memberi fokus kepada pereka fesyen tanah air, kerana KLFW merupakan platform besar untuk mereka. Jadi kami akan memberi fokus kepada mereka.” katanya pada sidang media KLFW. Acara KLFW 2019 sudah bermula semalam 21 haribulan Ogos sehingga 25 haribulan Ogos 2019 di pentas peragaan tahunan KLFW di Pavilion, Kuala Lumpur.

 
 
 
View this post on Instagram

Mommies and wifey at @mimpi_kita #klfw2019

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay) on

Hari pertama KLFW mempersembahkan pereka-pereka fesyen seperti Maqilla, Zaimi Zulkafli, Poplook, Lana KL, Amelia Hassan dan pereka tersohor seperti Syaiful Baharim dan Mimpikita yang masing-masing mempunyai pengikut-pengikut mereka tersendiri. Yang menarik tentang KLFW ini adalah bukan sahaja fesyen-fesyen yang diperagakan di pentas peragaan tetapi juga dari mereka yang menghadiri pertunjukan fesyen KLFW. Macam-macam gaya sama ada elegan atau ‘street’ yang dibawakan oleh peminat fesyen tanah air dan laman instagram akan dipenuhi dengan #ootd KLFW 2019.

 
 
 
View this post on Instagram

First day look at #klfw2019 Outfit : @rizmanruzaini ?? ? @saufinadzri

A post shared by nuridasuraya (@nuridasuraya) on

 
 
 
View this post on Instagram

Bright future ahead. Sebab tu pakai sunglasses indoor. ? . Photo courtesy of adik cantik manis @nabila.razali ? #Klfw2019

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Nantikan gambar-gambar selebriti dan #ootd minggu fesyen Kuala Lumpur sepanjang minggu ini. Pereka Syomir Izwa akan menutup tirai KLFW 2019 pada slot terakhir, Ahad ini, 25hb Ogos 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 10 Jun 2022
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Asyik Dapat Watak Jahat, Apa Komen Pablo Amirul?

Dalam filem ini, dia membawa watak sebagai pemuda berketurunan Iban bernama Gadang dan filem ini turut menampilkan bintang khas iaitu Pekin Ibrahim dan Altimet. 

Featured Fri, 20 Jan 2023
Hiburan Thu, 22 Aug 2019
Featured Thu, 16 Jun 2022

#SeoulSaranghae: BTS ‘Hiatus’, Mahu Fokus Projek Solo

Tak kan lah ‘Hiatus’ kannnnn…. Mau menangis hakak!

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

李幸倪大哭自认在感情中过份理性

在香港乐坛一直努力耕耘的Gin李幸倪,日前推出《很坚强》打响2018年首炮!全新一年被赋予新称号「坚Lee」的她笑指,新称号有让她多了一份亲切感,似乎拉近了她与大家的距离。

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

DATO’ALIFF SYUKRI MAKIN KAYA!

Mana tak nya, selepas kejayaan mengeluarkan produk-produk kosmetik D’Herbs, kali ini Dato Aliff Syukri terlajak laris muncul dengan koleksi tudungnya sendiri.