Fab Foodies! By: SGMS Faida May 29, 2019 @ 2:51pm

13,000 Kotak Licin Dijual, Penangan Absolut Chocolat Bukan ‘Beshe-Beshe’

“ Kami sendiri terkejut kek licin 13,000 kotak dalam masa tiga hari. Ini merupakan pencapaian peribadi buat kami,” kata pengasas kek jenama Absolut Chocolat, pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab.

Kek Absolut Chocolat yang mencetuskan fenomena sejak setahun mencatat rekod tersendiri selepas berjaya mencatat keuntungan jualan kasar mencecah enam angka di festival Mood Republik, baru-baru ini.

“ Kalau ikutkan mahu buat lebih lagi kek ketika itu tapi pihak operasi tidak mampu memenuhi permintaan.

“Untuk acara tiga hari itu juga kita berjaya memecah rekod peribadi jenama ini dengan mencatat keuntungan jualan kasar mencecah enam angka.

“Malah untuk menyuntik kelainan kita juga turut melancarkan minuman Teh Susu Boba di bawah cabang Absolut Brew pada festival berkenaan sebagai memberi variasi kepada produk yang kami keluarkan,” kata Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn Bhd, Ben Ali kepada media, baru-baru ini.

Menurut Ben, dia tidak mahu berada di zon selesa dengan produk sedia ada. Oleh itu, syarikatnya bakal tampil dengan beberapa produk baharu pada masa akan datang.

Bermula dengan kek coklat, pilihan kini juga dikembangkan untuk jenis Boba Milk Tea dan Milk Lava.

“ Bimbang orang cepat bosan dengan kek sebab itu kami keluarkan minuman pula. Walaupun jualan meningkat di musim perayaan, itu bukan ‘tiket’ untuk kami terus selesa dengan apa yang ada,” kata Ben memberitahu pada satu tahap tidak mampu menampung permintaan masyarakat.

Bermula dengan operasi kecil-kecilan di gerai jualan hinggalah ke tahap menyewa premis kedai dua tingkat di Cheras, Ben dan rakan kongsi yang juga isterinya, Nadiyah Shahab boleh tersenyum bangga kerana usaha mereka membuahkan hasil hingga menjadi terkenal.

“Bisnes ini semuanya bermula sebab kami nak cari duit lebih untuk berkahwin (November tahun lalu). Daripada suka-suka nak cari duit tambahan, siapa sangka minat kami terus bercambah untuk lebih serius dalam dunia perniagaan. Saya sendiri tak yakin dengan perniagaan kek ini tetapi diyakinkan isteri.

“Pernah pada fasa awal berniaga, saya dan isteri yang tolong lakukan proses memasukkan kek ke dalam kotak. Malah kami jugalah yang melakukan penghantaran kek terus kepada pelanggan. Daripada hari pertama dapat tempahan awal hanya empat biji kek, ia bertambah hari demi hari. Dari 10 hinggalah sampai 200 biji sehari kami sediakan

“Ketika ini dari awal hinggalah sekarnag kami masih menggunakan khidmat pembuat kek luar yang diserap masuk ke dalam syarikat ini. Insya-Allah kami juga mahu ia terus maju dengan segala operasi dilakukan sendiri suatu masa nanti,” katanya.

Kek Absolut Chocolat kini dijual di 100 stesen pam minyak seperti Petronas, Shell dan Petron di sekitar Lembah Klang.

Kini di bawah Absolut Brands Sdn  Bhd selain mempunyai Absolut Chocolat, pihak mereka juga berkembang dengan menjalankan cabang perniagaan Absolut Brew, Absolut Event dan Absolut Management.

Instagram: @absolutchocolat, laman sesawang, www.absolutchocolat.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 May 2022
Featured Sat, 30 Oct 2021
Events Sat, 30 Mar 2019

MEERACLE Hadiah Mercedes-Benz Kepada Wakil Jualan

Produk penjagaan wajah Meeracle menghadiahkan kereta Mercedes- Benz kepada empat orang wakil jualan mereka, baru-baru ini. Pengasas MEERACLE, Puan Meera Nordin ketika ditemui di majlis penyerahan kunci mengumumkan empat orang wakil yang telah mencecah sasaran […]

Hiburan Tue, 3 Oct 2023

[VIDEO] Terima Ugutan Bunuh Gara-Gara Live Dengan Ira Kazar, Isteri Azlan Komeng Buat Laporan Polis – “Aku Tak Backup Dia…”

Nilam bertegas ada ‘hentam’ Ira Kazar secara bersemuka, tak backup isteri Syamsul

Events Sat, 2 Nov 2019

SYOKSYOK RIUH Invites You to Appreciate Arts and Cultures This Weekend!

Celebrate life with friends, family and food with plenty of festive flavours.

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Mana Ada Orang Bela Saya!!

Senangnya berkata-kata yang ada yang membela diri dan anak-anaknya sedangkan penat berkerja siang ke malam

Fab Foodies! Fri, 1 Mar 2019

Get Your Shellfish Fix at Vasco’s During Limited Time Crab Chow Down Buffet

Get rid of those crabby feelings by chomping on some delicious crabs instead.