Bertemakan “Semarak Rasa Ramadan”, Dorsett Grand Subang kembali lagi pada tahun ini dengan variasi juadah buffet Ramadhan yang enak dan pastinya sesuai untuk korang seisi keluarga menjamu selera.
Apa yang paling menariknya untuk buffet kali ini terdapat 13 juadah istimewa yang mewakili setiap negeri Malaysia seperti ‘Briyani Gam Johor’, ‘Dalca Sayur dan Mangga Muda Penang’, ‘Sotong Goreng Berlada Negeri Sembilan’, ‘Gulai Tempoyak Patin Pahang’, ‘Sotong Sumbat Terengganu’, ‘Gulai Kawah Kelantan’, ‘Rendang Tok Perak’, ‘Ikan Bakar Kuala Perlis’, ‘Tetel Asam Pedas Melaka’, ‘Gulai Lemak Pisang Muda Selangor’, ‘Laksa Sarawak’, ‘Sup Campur Kedah’ dan ‘Spageti Makanan Laut Sabah’.
Selain itu, sajian utama seperti ‘Sup Tulang Gear Box’ dan ‘Kambing Golek Berempah’ pun ada.
Jom kita tengok antara juadah menarik yang disajikan untuk buffet Ramadhan kali ini!
Wow! boleh batal puasa korang kalau tenung lama-lama, apa tunggu lagi jom cepat-cepat booked di [email protected] atau hubungi +603 50316060. Korang juga boleh dapatkan baucer Ramadhan secara online di https://dorsettbooking.com/ramadan-overview.php
Terdapat dua pilihan untuk korang menikmati juadah berbuka iaitu di Terazza Brasserin dengan harga serendah RM 165 ataupun di Melati dengan harga serendah RM155. Diskaun 50% buat kanak-kanak dan warga emas. Selain itu, diskaun untuk early bird serendah RM 99 dilanjutkan jualan sehingga 12 Mei ni!
Untuk korang yang nak shopping raya nanti boleh ambil PAKEJ KAREEM – bilik hotel + sahur & iftar untuk 2 orang dari serendah RM370 nett sebilik semalaman. Boleh start booking dari sekarang sampai 2 Jun 2019 & tempoh menginap bermula 8 Mei hingga 2 Jun 2019.