Anda penggemar kopi . Pernahkah anda mengenali jenis-jenis kopi dan perbezaan rasa,cara pembuatannya dan bahan yang digunakan. Sebenarnya,bukan semua kopi mempunyai rasa yang sama. Mari pelajari jenis-jenis kopi mahal. 

1. Espresso

ESPRESSO CAWAN SAIZ KECIL SAJA.

Terdapat dua jenis pelanggan yang akan order Espresso. Satu, newbie customer yang baru hendak mencuba minum kopi oleh sebab selalu dengar perkataan ‘Espresso’. Selalunya kami akan beritahu Espresso ni gelasnya sangat kecil, dalam 30 ml dan hanya pure extract coffee supaya tukar order lain. Tidak berbaloi jika tidak tahu cara meminumnya.

Kedua, regular customer yang memang pandai minum espresso. Cara minumnya mestilah dihirup dengan cara bersembur dalam mulut laju-laju supaya semua kopi memenuhi mulut, baru dapat rasa kopi sebenar dan perlu diminum dalam kurang 30 saat untuk rasa yang paling ‘kaw’ sebelum crema-nya (minyak kopi) tersejat ke udara. Crema ini yang amat digemari oleh coffee lover.

2. Cafe Latte/Flat White

Bila ada latte, maksudnya espresso shot dicampuri dengan susu segar yang dipanaskan dalam jumlah yang banyak. Jika ditambah dengan choco/ caramel/vanilla/dark choco,maka jadilah Mocha Latte/ Caramel Latte/ Vanilla Latte/ Double Chocolate Latte.

Secara jujurnya, anda pilihlah kumpulan kopi ini jika ingin minum kopi biasa-biasa sambil baca buku/berborak/selfie masuk Instagram untuk raih undi ‘like’.

3. Cappuccino

Kopi yang seperti ini juga ramai newbie suka order sebab ni juga yang mereka selalu dengar. Cappucino cumalah espresso shot dicampurkan susu sedikit sahaja dan foam yang banyak. Secara teori, foam tersebut adalah untuk mengekalkan crema (minyak kopi) espresso untuk tahan lama.

4. Americano

Americano ialah espresso shot bercampur air panas sahaja. Tiada susu. Bahasa kampungnya, Kopi O. Jika dicampur dengan hazelnut (badam) , dipanggil Hazelnut Americano. Amat sesuai untuk peminat kopi yang tidak suka susu.

Ada banyak lagi jenis kopi lain seperti Dopio, Lungo, Red Eyes, Long Black, Affigato etc tapi cukuplah 4 jenis kopi untuk panduan anda membeli kopi mahal di CBTL/Starbuck dan sebagainya.

Tanya saja barista atau pembuat kopi jika tidak pasti. Rugi bayar mahal-mahal tetapi dapat kopi yang tidak sesuai dengan lidah anda.