Fab Foodies! By: SGMS Putri October 5, 2018 @ 12:22pm

Kopi Ini Sangat ‘Kaww’ Sehingga Boleh Buat Anda Berjaga Selama 18 Jam

Jika anda peminat kopi tegar, kalau anda berjalan ke Christies Beach, Australia jangan lupa untuk cuba kopi power di Viscous Coffee.

Power sangat ke kopi ini? Mana tidaknya, kopi ini mengandungi 4 shot espresso dan 8 kiub ais yang diperbuat dari brew kopi yang dinamakan The Ass Kicker. Kandungan kafeinnya sangat tinggi dan segelas kopi ini sama kuat dengan 80 cawan kopi biasa!

Kandungan biasa secawan kopi mengandungi 100 ke 200 miligram kafein, tetapi The Ass Kicker mengandungi lima kali ganda kandungan kafein. Jika anda minum kafein sebanyak ini dalam sehari, anda boleh berjaga selama 12-18 jam.

Tiada gambar bagaimana rupa kopi ini buat masa ini. Jadi kalau anda nak cuba, kenalah ke Viscous Coffee ini. Harganya pun agak tinggi, USD12 untuk segelas.

Kopi ini juga didatangkan dengan amaran kesihatan untuk sesiapa yang tidak tahan dengan kafein supaya tidak memesannya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Apr 2022

Kuarantin Wajib 7 Hari Tidak Perlu Jika Tidak Positif Lagi

Jika sudah disahkan negatif, tidak perlu habiskan kuarantin wajib 7 hari.

Hiburan Fri, 22 Mar 2019
Fab Foodies! Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Wed, 31 Oct 2018

Lepas Beri Bunga, Ara Johari PAKU Peminat Pula

Single ‘Paku’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Hiburan Sun, 1 Dec 2019