Sempena Hari Kopi Sedunia bulan ini , anda mungkin salah seorang penyumbang dari 400 bilion cawan kopi yang diminum sepanjang tahun di seluruh dunia.
Sempena Hari Kopi Sedunia, Dr Muhammad Izzat telah berkongsi beberapa garis panduan untuk penggemar kopi, terutamanya buat golongan wanita hamil.
Menurutnya, ibu hamil hanya boleh mengambil kurang daripada 200mg kafein setiap hari sama ada melalui pengambilan teh, coklat, kopi, minuman bertenaga, minuman ringan serta sesetengah ubat batuk dan selesema.
Macam mana nak tahu kandungan kafein dalam minuman?
Jangan risau, ini panduan dikongsikan beliau;
- 1 mug kopi segera : 100mg
- 1 mug kopi filter : 140mg
- 1 mug teh : 75mg
- 1 tin coca cola : 40mg
- 1 tin minuman tenaga (250ml) : boleh ada sehingga 80mg. Tin yg lebih besar mungkin ada 160mg
- 1 bar plain chocolate (50gm) : mungkin kurang 25mg
- 1 bar milk chocolate (50gm) : mungkin kurang 10mg
“Pengambilan caffeine berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan; bayi boleh jadi kecil dan meningkatkan kes keguguran lebih-lebih lagi pada awal kehamilan,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihatkan agar ibu-ibu mengandung mengelakkan pengambilan kafein pada 12 minggu pertama kehamilan. Jangan ambil langsung tau!
Maka, saya suka nasihatkan ibu-ibu mengandung sekalian untuk ELAKKAN at all cost pengambilan caffeine pada 12 minggu pertama kehamilan. Selepas 12 minggu kehamilan, hadkan pengambilan caffeine sehingga 200mg setiap hari jika korang takleh hidup tanpa minuman berkaffein
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) September 30, 2019
Kata Dr Izzat lagi, sebaiknya gantikan minuman kafein dengan jus buah atau segala minuman kurang manis yang telah di nyah kafein.
“Lagi bagus kalau ganti minuman-minuman berkafein ini dengan jus buah ke atau segala minuman yg telah di-nyah caffein (decaffeinated drinks). Tu lagi baik. Ha jangan lupa, kurangkan manis ye. Kopi yang tak ada gula lagi sedap biasanya.”
Sumber: Dr Muhammad Izzat
Credit picture : merdeka.com