TECH By: Del14 November 11, 2019 @ 5:54pm

AWAS! ‘Deepfake’ Ibarat Mimpi Ngeri Figura Terkenal

Nampak real tapi sebenarnya bukan. Isu ‘Deepfake’ ini bukan lah sesuatu yang baharu di zaman penggunaan teknologi hari ini.

Sebelum ini, pengasas Facebook Mark Zuckerberg pernah menjadi salah seorang mangsa ‘deepfake’.

Sebuah video yang memanipulasi wajah Mark Zuckerberg telah dikongsikan di Instagram. Walaupun video tersebut tidak benar dan mempunyai maklumat palsu di dalamnya, Facebook masih tidak memadamnya sehingga hari ini.

Menurut jurucakap Facebook, video tersebut lebih dikenalpasti sebagai sebuah kandungan palsu di dalam Instagram.

Apabila sistem kesahihan maklumat mengesahnya ia tidak benar, ia tidak akan dipaparkan pada halaman seperti Explore dan paparan Hashtag.

Video yang dipaparkan ini menggunakan teknologi “deepfake“, yang mana komputer akan mempelajari mimik muka individu yang dikehendaki dan memadankannya dengan mimik wajah individu yang dilakonkan.

Dengan kecanggihan kecerdasan buatan (AI), komputer mampu menghasilkan video yang dimanipulasikan ini dengan hasilan seumpama video sebenar.

Walau bagaimanapun, suara yang dimimik pada video Mark Zuckerberg ini kedengaran berbeza daripada di dunia nyata.

Malah, gaya bahasa dan sebutan yang dituturkan tidak berpadanan dengan personaliti Mark Zuckerberg yang sebenar.

Dengan adanya penyalahgunaan teknologi seperti ini, ia menyebabkan pengguna perlu berhati-hati dengan info yang diterima dan dikongsikan dalam bentuk video. Ia dapat dimanipulasi dengan hanya menggunakan sejumlah bingkai gambar dan video untuk dipadankan pada wajah individu yang dilakonkan.

SUMBER RUJUKAN: THE NEXT WEB

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 17 Jul 2018

Intel Core-i7 8086K: Sambutan Ulang Tahun Cip Dengan Senibina X86

Intel baru-baru ini melancarkan cip pemprosesan Core i7 8086K berdasarkan senibina Coffee Lake bagi mengingati cip lagenda Intel 8086, nenek moyang kepada cip menggunakan senibina  x86 yang wujud pada hari ini. Intel telah mengeluarkan infografik mengenai perkara […]

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Fattah Amin dan Eric Chou Bergabung Dalam OPPO F11 Pro

Hero pujaan malaya, Fattah Amin bergandingan bersama bintang Asia terkenal iaitu  Eric Chou sebagai duta dan ikon OPPO F11 Pro pada tahun ini. Kalau korang nak tahu kenapa dua selebriti terkenal ini dilantik menjadi duta […]

TECH Tue, 11 Dec 2018

Cara Unfollow Akaun yang Tidak Followback di Instagram

Berharap untuk memadamkan banyak akaun sekaligus yang tidak mengikuti Instagram kita kembali. Anda boleh menggunakan kaedah berikut.

TECH Fri, 2 Nov 2018

5 Tips Menjaga Laptop Supaya Tahan Lama

Untuk laptop anda bertahan lebih lama dan mempunyai jangka hayat yang panjang,kenalah jaga dengan betul.

TECH Sat, 13 Jan 2018

Jadikan Youtube Sebagai Pemain Lagu di iPhone

Pengguna iPhone yang masih bersedih kerana tidak dapat memainkan lagu daripada Youtube pada latar belakang ataupun semasa peranti di kunci, berikut kami kongsikan penyelesaiannya.

TECH Wed, 31 Jul 2019

Ketahui Cara Menggunakan Internet Di Luar Negara

Kami ingin berkongsi beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menggunakan internet di luar negara. Ada cara yang mudah, ada cara yang murah.

TECH Mon, 30 Jul 2018

8 Idea Susun Atur Foto Menarik Untuk Instagram

Mahukan penampilan kemas pada Instagram? Berikut kami kongsikan tips – tips susun atur yang menarik pada Instagram anda.

TECH Thu, 16 Aug 2018

Tiga Aplikasi Menarik Untuk Naikkan Seri Instagram Stories Anda

Berikut beberapa aplikasi yang boleh anda cuba untuk membuat Instagram Stories anda lebih cantik dan menarik.

TECH Tue, 8 Jan 2019

Cara Mudah Semak Nombor Resit untuk Ekspedisi Pelbagai di Android

Selain dapat melakukannya di mana saja, anda boleh membandingkan pelbagai produk mengikut poket anda.

TECH Fri, 20 Apr 2018

Ciri Samsung Galaxy S10 Tertiris Janjikan Pengesan Cap Jari Bawah Skrin

Samsung Galaxy S10 akan menggunakan pengesan cap jari di bawah skrin, menurut laporan akhbar Korea Selatan, The Bell. Pengesan cap jari seperti ini telah digunakan oleh peranti Vivo X20 Plus UD ini akan membenarkan pengguna untuk membuka peranti mereka dengan […]