TECH By: SGMS Putri April 20, 2018 @ 5:23am

Ciri Samsung Galaxy S10 Tertiris Janjikan Pengesan Cap Jari Bawah Skrin

Samsung Galaxy S10 akan menggunakan pengesan cap jari di bawah skrin, menurut laporan akhbar Korea Selatan, The Bell. Pengesan cap jari seperti ini telah digunakan oleh peranti Vivo X20 Plus UD ini akan membenarkan pengguna untuk membuka peranti mereka dengan meletakkan jari pada skrin sahaja. Menurut laporan, Samsung sudah pun mengesahkan rekaan akhir skrin tersebut untuk peranti keluaran mereka bagi tahun 2019 nanti.

Peranti yang buat masa kini dinamakan Galaxy S10 (masih belum rasmi) ini akan mempunyai paparan skrin OLED bersaiz 5.8 inci manakala bagi peranti Galaxy S10+ pula akan dilengkapi dengan skrin OLED seluas 6.3 inci. Kedua-dua peranti ini akan menggunakan rekaan Infinity Display yang pertama kali diperkenalkan pada peranti Galaxy S8 yang lalu.

Walaubagaimanapun, ura-ura berkenaan ciri peranti boleh lipat bakal digunakan pada Samsung Galaxy S10 berkemungkinan besar tidak menjadi kenyataan. Perkara ini berlaku apabila pihak Samsung lebih memilih untuk menghasilkan peranti yang lebih stabil berbanding sebuah inovasi terbaru yang membuat perubahan yang sangat ketara.

Menurut The Bell lagi, sistem pengesanan kamera 3D juga mungkin akan diperkenalkan pada Galaxy S10 ini dan ia masih dalam proses pembangunan. Sebelum ini, apabila Samsung memperkenalkan ciri Infinity Display dan terpaksa membawa pengesan cap jari ke bahagian belakang peranti, ramai yang kurang bersetuju kerana mendakwa akan ada kotoran dari cap jari yang terkena pada lensa kamera.

Ikuti laman Facebook rasmi Samsung untuk mengetahui perkembangan terbaru berkenaan produk keluaran mereka.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 5 Jul 2018

Pirate Bay Guna CPU Anda Untuk Melombong Mata Wang Kripto

Sekitar Oktober tahun lalu kita dikejutkan dengan isu Pirate bay yang mengeksploitasi CPU pengguna untuk melombong mata wang kripto. Terdapat perdebatan mengenai perkara ini dimana satu pihak menentang keras perlakuan itu dan disebelah pihak lagi […]

TECH Wed, 20 Feb 2019

不只心情更好!暂停使用Facebook连政治倾向都少了

研究发现,关闭Facebook帐号的人,过得更快乐。

TECH Sat, 13 Apr 2019

Cara Mengubah Saiz & Format Video

Pernahkah anda rasa fail gambar anda terlalu besar? Anda perlu ketahui cara-cara mengecilkan saiznya.

TECH Fri, 2 Aug 2019

Tips ‘Browsing’ Internet di Tempat Awam

antara tips untuk anda gunakan dalam keadaan selamat

TECH Fri, 19 Jul 2019

Cara Mengelakkan “Lag” Ketika Bermain Mobile Legend

Memang “Syok” layan Mobile Legend, namun apa yang menjengkelkan kita ialah masalah sambungan internet yang selalu “Lag”. Apa pun jangan bersedih, berikut kami kongsikan cara untuk mengatasi masalah “Lag” apabila bermain MOBA. Pertama sekali pasang […]

TECH Thu, 13 Sep 2018
TECH Tue, 15 Oct 2019

Isu Kebocoran 46.2 Juta Data Peribadi Pengguna Bakal DiSiasat!

Kontrak Nuemera (M) Sdn Bhd telah ditamatkan

TECH Thu, 14 Jun 2018

Tidak Mahu e-Mel Dibaca Selain Daripada Penerima?Guna Confidential Mode

Apabila kita menghantar maklumat melalui Email atau Gmail,kita pasti tidak mahu yang bukan penerima membaca isi kandungan E-mel kita.Kami ada tips untuk memastikan maklumat anda kekal ‘Confidential’.

Automobile Wed, 18 Jul 2018

Bagaimana Cepat Padam Fail Duplicate pada Android

Aplikasi ini akan memudahkan kami untuk mengenal pasti imej, audio, fail video untuk menduplikat dokumen dan kemudian memadamkannya dari telefon pintar Android kami.

TECH Fri, 6 Apr 2018

脸书:20亿用户个资「恐无人幸免」被搜刮过

脸书(Facebook)被英国数据分析公司「剑桥分析」利用程式窃取用户个人资料,一开始估计有5000万使用者受害,4日上调至8700万用户资料。脸书也证实,全球20亿用户的个人公开资料,很可能遭到第三方机构挖空。