TECH By: SGMS Putri May 7, 2018 @ 2:52am

Jenis-Jenis Skrin Telefon Pintar Dan Kelebihan Mereka

Di zaman teknologi yang penuh dengan peranti canggih, pelbagai jenis telefon pintar dikeluarkan oleh pengeluar telefon pintar seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadi pengeluar peranti pintar yang terbaik di antara semua.

Sebahagian daripada kita mungkin tidak mengambil berat tentang jenis paparan skrin yang digunakan oleh sesebuah peranti ketika mahu membeli telefon pintar baharu. Namun ada juga yang turut mengambil jenis paparan skrin sebagai salah satu faktor dalam memilih peranti yang mahu dibeli.

Tahukah anda pada zaman sekarang terdapat beberapa jenis skrin yang dipasang pada telefon pintar? Dan semestinya setiap jenis skrin tersebut mempunyai kelebihan dan ciri istimewa tersendiri. Maka di sini kami akan rumuskan serba sedikit berkenaan jenis-jenis skrin ini serta kelebihan yang mereka miliki.

1.LCD

LCD atau liquid crystal display merupakan salah satu jenis skrin yang paling banyak digunakan pada paparan perantielektronik, antaranya televisyen, komputer dan telefon pintar. Sesuai dengan namanya, skrin LCD ini mengandungi matriks kristal cecair. Kelebihan skrin LCD ini adalah ia agak murah akan tetapi ia menggunakan lebih banyak kuasa bateri untuk berfungsi.

Skrin LCD ini sebenarnya terdapat beberapa jenis berbeza namun dua jenis LCD yang sering digunakan pada telefon pintar ialah TFT LCD serta IPS LCD. TFT LCD (Thin-Film-Transistor) memaparkan imej yang lebih tajam namun mempunyai sudut pandang yang agak kecil berbanding IPS. Untuk penglihatan skrin yang paling baik, anda perlu melihat TFT LCD ini melalui pandangan lurus ke arah skrin. Namun kelebihan lain TFT LCD ini ialah ia berharga lebih murah daripada IPS LCD. Peranti yang menggunakan skrin jenis ini biasanya adalah dalam kelas kemasukan. Samsung Galaxy Grand Prime antara peranti yang pernah menggunakan skrin TFT LCD.

Bagi IPS LCD (In-Place Switching) pula, peranti yang menggunakan skrin jenis ini selalunya akan lebih mahal berbanding peranti TFT LCD dan biasanya digunapakai pada peranti kelas pertengahan dan perdana. Ini kerana paparan skrin jenis in mempunyai sudut pandang yang lebih luas disamping akan kelihatan lebih jelas pada suasana terang dengan kualiti warna yang lebih baik. Penggunaan bateri juga lebih sedikit pada skrin jenis ini. Antara peranti yang menggunakan skrin IPS LCD ini ialah Apple iPhone 8 Plus.

2. OLED

 

Skrin organic light-emitting diode merupakan lapisan bahan organik berasaskan karbon yang diapit oleh lapisan anod dan katod. Kecerahan dan warna yang dipaparkan berbeza-beza mengikut jumlah nadi elektrik yang berhubung. Skrin OLED lebih baik berbanding LCD dari segi penghasilan warna, tindak balasnya yang pantas, sudut pandang yang lebih luas serta penggunaan kuasa yang lebih baik. Namun selepas kehadiran teknologi AMOLED dan S-AMOLED pengeluar telefon pintar kurang menggunakan skrin jenis ini. Peranti yang pernah menggunakan skrin OLED ini antaranya ialah LG V30.

3. AMOLED

AMOLED atau Active-Matrix Organic Light-Emitting Diode adalah jenis skrin yang mempunyai kualiti yang sedikit lebih baik berbanding OLED. Boleh dikatakan bahawa AMOLED merupakan gabungan antara TFT LCD dengan OLED kerana ia memiliki imej yang sangat tajam dan penggunaan bateri yang sangat baik serta mempunyai tindakbalas yang sangat pantas. Skrin AMOLED kini semakin mendapat tempat dalam industri telefon pintar dan antara telefon pintar keluaran terbaru yang menggunakan skrin AMOLED ialah Huawei P20 Pro.

4. Super AMOLED

Skrin Super AMOLED ini pada dasarnya adalah penambahbaikkan kepada skrin jenis AMOLED sahaja. Skrin jenis ini akan menawarkan 20% paparan yang lebih cerah serta 20% penggunaan kuasa yang lebih baik berbanding skrin AMOLED. Ciri ini menyebabkan Super AMOLED atau S-AMOLED ini amat sesuai untuk pengguna yang sering menggunakan telefon pintar di luar rumah atau kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Samsung J2 Duo dan iPhone X antara peranti yang menggunakan skrin jenis ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 13 Jun 2019

踮脚也看不到?矮个子必备神器「望远型眼镜」秒获得身高180视野

相信许多个子不高的人都曾经遇到过这样的困扰:被前方的人头或物体挡住,没办法看到远方想看的目标……

TECH Wed, 11 Jul 2018

Nubia Z18 – Peranti Kelas Perdana Terbaru ZTE Bakal Hadir Dengan Snapdragon 845

Jika Huawei ada Honor, ZTE pula memiliki Nubia sebagai syarikat di bawah naungannya. Jenama Nubia mula melonjak naik semasa mereka memperkenalkan peranti menfokuskan permainan video, Nubia Red Magic. Kini, mereka dilaporkan sedang dalam proses terakhir untuk memperkenalkan peranti kelas perdana terbaru […]

TECH Mon, 11 Dec 2017

Lelaki Ini Raih RM67 Juta Setahun

Hanya Rakam Dia Sedang Main ‘Game’ Dan Ulas, Lelaki Ini Raih RM67 Juta Setahun

TECH Sun, 5 May 2019

“File too Large?” dengan cara ini masalah anda selesai

Semoga bermanfaat ini sahaja perkongsian daripada kami.

TECH Sat, 3 Nov 2018

Data Internet Cepat Habis?

Data internet habis cepat?, ini untuk menjimatkan penggunaan data anda.

TECH Mon, 1 Jan 2018

Tips Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

Tips kali ini kami akan berkongsi bagaimana anda boleh menghubung peranti Android terus ke PC secara “Wireless”.

TECH Sat, 21 Jul 2018

Honor Note 10 Dilancarkan Secara Rasmi 31 Julai Ini

Honor Note 10 akan diperkenalkan buat pertama kali pada 31 Julai ini di China, menurut laporan Gadget 360. Perkara itu telah disahkan oleh pihak honor sendiri di mana mereka telah mengeluarkan satu poster bagi memaklumkan perkara tersebut. […]

TECH Sun, 5 Jan 2020

5 Permainan Video Paling Berpengaruh

  Permainan video telah mengalami landskap perubahan yang ketara dalam teknologi, model perniagaan dan pasarannya, yang kini termasuk lebih banyak pemain wanita dan penonton yang puratanya lebih berusia. Mungkin anda tertanya, apakah 10 permainan video paling […]

TECH Tue, 1 May 2018

Asal Usul Nama Burung Twitter

Nama burung Twitter di logo itu adalah Larry. Dia diberi nama sempena seorang permain bola keranjang iaitu Larry Bird yang bermain untuk pasukan kegemaran Biz Stone’s ,Bolton Celtics.       Logo burung itu bukan […]

TECH Thu, 10 Jan 2019