Dah berpinggan-pinggan kamu ‘balun’, jangan salahkan penimbang pula bila berat naik menggila!
Jangan mengeluh tanpa berbuat apa-apa ya, korang dah boleh mulakan rejim mudah dan ringkas macam di bawah ini selain daripada berpuasa enam di bulan Syawal. Paling penting, korang kena konsisten dan berdisiplin.
Senaman Ringan
Bangun pagi terus lakukan regangan sebaik saja bangun tidur. Senaman ringan yang berupa regangan ini akan membantu tubuh anda lebih relak.Lakukan regangan yang sederhana dan ringkas. Sebagai contoh, rapatkan kedua-dua lutut ke perut dan dakap untuk beberapa saat.
Minum air kosong
Selepas selesai membuat senaman regangan, minum segelas air kosong. Ia baik untuk melancarkan sistem penghadaman.
Dalam masa yang sana, pastikan anda mendapatkan bekalan air yang secukupnya dalam badan iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Ambil sarapan berkhasiat
Menu yang dipilih untuk bersarapan perlulah mempunyai keseimbangan antara protein dan karbohidrat. Hal Ini penting untuk dititikberatkan supaya tubuh tidak mudah letih dan Cepat mengantuk sewaktu bekerja atau melakukan aktiviti harian.
Makanan yang tinggi protein seperti telur dan mampu menghancurkan lemak dan memperbaiki otot massa. Selain itu, anda digalakkan untuk mengamalkan yogurt kerana ia mengandungi probiotik yang sangat baik untuk sistem penghadaman.
Makan waktu tengah hari
Menu yang diambil perlulah mempunyai komunikasi nutrien yang lengkap. Contohnya nasi, ayam/ daging, tauhu/ tempe dan sayur-sayuran.
Dalam masa yang sama, kurangkan makanan berminyak, berlemak dan bersantan kerana ia mempunyai kolesterol yang tinggi.
Makan Sebelum 7 Malam
Sebaiknya makan sebelum 7 malam. Menu yang disarankan adalah nasi, ikan rebus dan sayur. Malah, hindari diri daripada makan terlalu banyak pada waktu makan malam dan elakkan makanan yang berkolesterol tinggi.
Minum air sebelum tidur
Segelas air kosong perlu diminum dan dijadikan amalan sebelum tidur. Ia akan merangsang sistem penghadaman agar terus bekerja sepanjang malam dan membersihkan sisa-sisa makanan dalam tubuh pada pagi keesokan harinya.
Sumber: Majalah Ma&Pa