FESYEN By: Attiqah Mohd March 28, 2019 @ 3:24pm

Adakah Anda Yang Kami Cari?Pencarian Wanita Melayu 2019 Kini Kembali!

Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat. Bait lirik lagu tersebut sangat sesuai untuk menggambarkan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang Ikon Wanita Melayu tahun 2019.

Semalam telah berlangsung satu sesi sidang media bersempena Pencarian Wanita Melayu di Plaza Shah Alam. Sidang media yang dianjurkan oleh Plaza Shah Alam turut dimeriahkan dengan kehadiran penaja utama pertandingan ini iaitu HABIB JEWELS bersama ICE WATCH dan disokong oleh penaja lain seperti  Xixili, Anytime Fitness dan MC Vogue. 

Pencarian Wanita Melayu diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Memasuki tahun keenam penganjurannya, sesi uji  bakat pertama telah diadakan pada tarikh 23 Mac lalu dan akan diikuti dengan sesi kedua pada 30 Mac 2019 di Plaza Shah Alam.

Selain itu, satu kerjasama khas bersama MAKNA dalam mengumpul dana sumbangan buat pesakit kanser payudara turut diwujudkan bersempena aktiviti Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam tahun ini. Kutipan derma ini mula dikutip bermula hari ini (27 Mac ) sehingga 20 April 2019 dan akan disumbangkan sepenuhnya kepada pihak MAKNA.

 

Acara finale pertandingan ini akan berlangsung pada 20 April di Plaza Shah Alam dan akan dihoskan oleh Fahrin Ahmad.  Pemenang utama Pencarian Wanita melayu 2019 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM5000, Barangan Habib Jewels bernilai RM4000, Jam tangan Ice-Watch (RM2000) serta penajaan daripada Xixili dan Anytime Fitness.

Pertandingan terdahulu menyaksikan Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini, Nurul Ain Nasiron dan Amy Nur Tinie dinobatkan sebagai juara. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jan 2023
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Azharina Impi Trofi AJL-33

Siapa tahu kan tuah angka ke 33 tahun ini menyebelahi Nina tahun ini…

Trending Fri, 29 Dec 2023
Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Panas! Ini Aksi Cium Fatin Afeefa Dengan Suami Orang

Menurut wanita tersebut, sejak 26 Februari lagi beliau telah menulis satu Tweet kepada Jabatan Agama Islam Selangor bahawa Fatin mengajak suaminya itu tidur dirumahnya