Ayam BBQ Madu enak dimakan lebih-lebih lagi dalam cuaca hujan begini. Makanan yang pastinya menjadi kegemaran seisi keluarga, cubalah hari ini!
Gambar Sekadar Hiasan
Bahan-bahan asas;
1 keping ayam bahagian dada dipotong kecil
3 sudu sos tomato
1 sudu madu
2 sudu kicap manis
Garam dan lada secukup rasa
Cara-caranya:
1. Perap ayam dengan kesemua bahan.
2. Tambahkan sedikit garam dan lada. Biarkan selama 30 minit.
3. Bakar pada suhu 180 selama 20 minit sehingga masak. Siap & Selamat Berbuka!