Fab Foodies! By: SGMS Faida June 11, 2018 @ 9:04am

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Sup Kambing Berempah

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirai beberapa hari lagi, resepi ini mungkin ini boleh dijadikan pilihan untuk juadah berbuka puasa hari ini. Penggemar daging kambing, tunggu apa lagi, yuk pekena Sup Kambing Berempah petang ini.

 Bahan- Bahannya;

 5 ketul isi dan tulang kambing

1 biji bawang Bombay – hiris

3 biji bawang putih – hiris

2 biji bawang merah – hiris

2 sudu besar serbuk rempah sup – tambahkan sedikit air supaya menjadi pes

1 kiub stock daging

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil herba basil

1 litre air

1 biji kentang

Hirisan Cili merah

Hirisan daun bawang

Cara- caranya;

  1. Bawang Bombay, merah dan putih di tumis sehingga layu dan kemudian masukkan pes rempah lalu di tumis seketika.
  2. Masukkan kambing dan gaul sebati.
  3. Tambahkan air dan kacau agar sebati. Perlahankan api dan biarkan merenih. Tambahkan kiub stok daging, herba basil, kentang biarkan sehingga masak.
  4. Perasakan dengan garam mengikut citarasa anda. Hidangkan dengan hirisan cili merah. Siap!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
LIFESTYLE Fri, 21 Jun 2019

午睡好处多!医证「减肥更该睡午觉」

快贴给老板看!午睡可抗衰老、金鱼脑…医证「减肥更该睡」

Featured Tue, 28 Dec 2021

“Betapa Jijiknya Kita Kalau Masih Merungut Tentang…” – Azhan Rani Sedih Penduduk Pedalaman Masih Tak Dapat Bantuan Banjir

Pelakon Azhan Rani yang juga merupakan seorang individu aktif membantu mangsa-mangsa terjejas banjir berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang mangsa banjir yang hilang tempat berteduh di Kampung Batu Kapor, Mentakab, Pahang. Melalui hantaran Instagram miliknya, Azhan […]

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

50 Tahun?? JLo Masih Bergetah!!

Diet starts now!! *Tolak nasi lemak, capai salad*

Featured Sun, 30 Apr 2023