LIFESTYLE By: SGMS Enal September 12, 2019 @ 8:13am

Caj Tambahan Visa RM350 Buat Bakal Jemaah Umrah Malaysia

Rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan ibadah umrah akan dikenakan caj tambahan visa berjumlah RM350 (300 Riyal) susulan bayaran itu diumumkan buat kali pertama oleh Kerajaan Arab Saudi semalam.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata walaupun caj itu dikenakan buat julung kalinya kepada rakyat negara ini berkuatkuasa semalam, namun ia dilihat tidak terlalu mahal untuk ditanggung bakal jemaah.

“Mana-mana jemaah yang telah membuat tempahan penginapan dan pengangkutan untuk mengerjakan ibadah umrah sebelum 10 Sept  untuk pergi selepas tarikh itu, mereka juga dikenakan caj tambahan visa berkenaan.

“Bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi juga mengumumkan untuk memansuhkan caj mengerjakan ibadah  umrah secara berulang setiap tahun iaitu RM2,300 (2,000 Riyal) bagi setiap jemaah seperti yang pernah dikenakan sebelum ini,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir pada sesi sidang media itu adalah Naib Presiden Industri PAPUH, Datuk Helmi Daud dan Setiausaha Kehormat PAPUH, Datuk Jefri Sulaiman.

Tambah Razali, susulan keputusan terbaharu Kerajaan Arab Saudi itu, mereka juga menyediakan platform khas untuk mengeluarkan visa umrah secara elektronik atau ‘e-visa’ yang mampu siap dalam tempoh kurang 30 minit bagi memudahkan urusan bakal jemaah umrah.

Katanya statistik yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 2 Jun lepas menunjukkan bahawa Malaysia telah menghantar 274,066 jemaah umrah sejak tahun 2018 hingga kini.- BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Mon, 27 Aug 2018
LIFESTYLE Fri, 13 Sep 2019

Lobster Dua Ton Warna Yang Sangat ‘Rare’

Untungnya dapat temui lobster yang ada 2 ton warna

Fab Foodies! Tue, 3 Jul 2018

「食物替代法」减肥正夯!专家举3例:薯片换爆米花

想吃高热量食物又怕胖吗?放心只要找到替到食物就没问题!

LIFESTYLE Wed, 22 Nov 2017

Tips Beli Rumah Lelong Dengan Gaji Kecil

Dengan gaji kecil anda boleh membeli rumah lelong tapi kenalah ikut tips yang diberikan agar tidak kerugian atau merana

LIFESTYLE Tue, 15 Oct 2019

Tun Dr Hasmah Kongsi Pengalaman Sebagai ‘Survivor’ Kanser Payudara

lebih 40 peratus daripada pesakit yang datang mendapatkan rawatan adalah pesakit pada peringkat ketiga dan keempat.

Events Sat, 2 Nov 2019

SYOKSYOK RIUH Invites You to Appreciate Arts and Cultures This Weekend!

Celebrate life with friends, family and food with plenty of festive flavours.

LIFESTYLE Sun, 9 Sep 2018

Ciri-Ciri Pasangan Main Kayu Tiga

Tanda-tanda pasangan curang boleh dikatakan klise dan selalu dilakukan oleh pasangan yang pernah curang sebelum ini

Events Wed, 14 Aug 2019

Kuala Lumpur Fashion Week 2019 Suits Up for Ready to Wear Runway in August

Showcasing over 80 homegrown labels in 5-day, KUALA LUMPUR FASHION WEEK is set for its 7th and ready to show!

LIFESTYLE Fri, 1 Jun 2018

Wow! Kedai Buku Beroperasi 24 Jam Kini Di Tamarind Square

Walaupun kedai jauh dari Lembah Kelang, ia dapat menarik pelanggan kerana harga buku yang lebih murah akan menjadi faktor penarik pencinta buku untuk mengunjunginya malah bukan sahaja dari Lembah Kelang tetapi juga penduduk di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.