LIFESTYLE By: SGMS Enal October 26, 2019 @ 12:47pm

Doktor Kongsi Terapi Mudah Atasi Sakit Kepala Teruk

Setiap daripada kita pastinya pernah merasai sakit kepala setidak-tidaknya sekali sepanjang hayat. Sakit kepala ini bukan sahaja boleh menggangu emosi kita malah ianya juga mampu menganggu rutin harian kita.

Mana tidaknya, sakit kepala ini bukanlah sesuatu yang dapat ditangani dengan mudah. Hanya orang yang melaluinya pada ketika itu sahaja yang dapat merasakannya.

Namun tahukah anda apakah punca serta dari mana datangnya sakit kepala ini? Dan bagaimana untuk melegakannya? Pasti anda ada tertanya-tanya bukan?

Untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam, ikuti perkongsian yang dikongsi oleh doktor yang bernama Dr. Suhana Abd Wahab seperti berikut:

SIAPA SELALU SAKIT KEPALA WAJIB BACA

Apabila anda sakit kepala atau mygrain, perkara pertama yang anda akan cari adalah panadol & minyak angin (minyak cap kapak paling famous!). Kemudian anda akan sapukan pada dahi, tepi dahi, dalam rambut, hidung, kening, Argghhhh!! Mandi minyak kapak teruslah!! Senang! Ya, ketika itu sakit kepala berdenyut memang tak dapat nak control. Mula rasa moody & nak muntah bila pening, mata mesti mahu dilelapkan bagi mengawal denyutan kepala. Terasa rimas!

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Tahukah anda bahawa 99% urutan pada otot tepi leher dimana dipanggil otot Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut? Kenapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tak sapu & urut pada otot tersebut?

Bagaimana sakit kepala terjadi

Sakit kepala dan sumber biasa diabaikan mereka boleh menghasilkan Myofascial Trigger Points. Simpulan otot ini yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang, tetapi boleh menjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh.

Titik punca / trigger points merupakan tumpuan ‘hyper-irritable’ dalam otot atau fascia yang menyebabkan fiber otot tegang dan sakit. Trigger points tersebut tidak mengikuti corak dermatome biasa.

Trigger points menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang & ketat. Ini menghadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan kelemahan, pengurangkan peredaran darah dan kesakitan. Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh, tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan. Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi.

Cara terapi

Trigger Point adalah gambaran Myofascial Trigger Points Therapy dimana cara terapi dan teknik yang digunakan untuk melegakan myofascial (myo = otot; fascial = tisu penghubung) kesakitan dan tidak berfungsi. Ianya terhasil dari kerjaya perubatan sepanjang hayat Dr. Janet travell dan David Simons. Myofascial Trigger Point diiktiraf oleh American Academy of Pain Management sebagai modul untuk rawatan sakit myofascial dan kegagalan ia berfungsi.

Kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala Migrain akibat Myofascial Trigger Pointss (TrP) dengan tanpa aura adalah tinggi.

Trigger point therapy adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan kepada peringkat. Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari sudut trigger point myofascial aktif dalam spenius atas cervicis otot yang terletak di bahagian belakang leher anda.

Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian occipt, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata) – ianya dinamakan “sakit di dalam tengkorak” Kadang-kadang sakit splenius cervics dirujuk ke bawah pada tulang rangka bahu dan sudut leher. Fungsi ‘splenii’ ini bekerjasama untuk memutarkan kepala dan leher individu, menjadikan muka ke arah sebelah yang sama.

Punca

Gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh trigger point yang aktif dalam cervicis spenius dan otot capitis splenius.

Pengaktifan dan pengekalan trigger point dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat tiba-tiba, kedudukan posture badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama.

Satu lagi penyebab biasa sakit kepala yang teruk adalah trigger point dalam otot sternokleidomastoid atau simpulan di dalam otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dengan tulang selangka. Trigger points di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.

Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala. Myofascial Trigger Points boleh membantu menyelesaikan gejala sakit kepala dan mygrain.

Apabila trigger point dikenalpasti, tekanan/urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, trigger point yang berkenaan sangat lembut, tetapi kesakitan beransur-ansur berkurangan kerana otot bermula untuk berehat. Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan. Proses pengurutan pada trigger point dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal.

Sumber: Dr. Suhana Abd Wahab

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 8 May 2019

为什么你始终放不下过去情感?

想回头但感情早就已经结束,想往前心中却有疙瘩;面对这样的情感困境,感到厌烦了吗?

LIFESTYLE Fri, 13 Apr 2018

KLIA2全面启用「自助登机行李托运系统」

准备搭乘AirAsia或其他航空公司的乘客们注意啦!第2吉隆坡国际机场全面启用自助行李托运系统,这将减少每次的行李托运系统大排长龙的情况。

LIFESTYLE Tue, 20 Aug 2019

Kenapa Suntikan BCG Tinggalkan Parut?

Ada sebab rupanya ia berparut, yang mementingkan kecantikan tak perlu risau lagi ya!

LIFESTYLE Wed, 8 Aug 2018

HELLO KITTY变骷髅头!史上最暗黑萌的饰品

如果HELLO KITTY变成骷髅头,你还会爱它吗?太惊悚?一点也不会,反而很有颠覆的有趣效果,毕竟没人看过KITTY的头骨是吧?

LIFESTYLE Thu, 28 Feb 2019

搭机安检不卡关!不只高筒靴「这5类」衣物安检时千万别穿

每次搭机出国,拿到机票托运完行李之后,第一个关卡遇到的就是机场安检。到底要怎么才能快速通过安检呢?

LIFESTYLE Wed, 25 Sep 2019

Tampil Dewy Look Di Innisfree Jeju Cherry Blossom Tone-Up Pop Up Dan Menangi Hadiah Eksklusif!

innisfree adalah jenama semula jadi yang berkongsi manfaat alam semula jadi dari Pulau Jeju untuk kecantikan dan kesihatan.

Fab Foodies! Mon, 25 Jun 2018

Masyuk…Tawaran Gaji Lebih Tinggi Untuk Penebar Roti Canai Tempatan

Gaji itu sama dengan gaji pekerja asing yang kita berikan malah ada tukang masak pekerja asing menerima gaji mencecah RM7,000 sebulan.

FESYEN Tue, 11 Apr 2023
LIFESTYLE Mon, 18 Jun 2018

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Events Tue, 15 Oct 2019