Setiap orang tentu pernah melalui fasa ‘diserang’ jerawat tetapi ia sebenarnya mengambil masa bertahun-tahun untuk menghilangkan parutnya.
Mari kita cuba beberapa petua hilangkan bekas jerawat yang boleh dibuat sendiri di rumah. Kali ini dikongsikan hanya dengan menggunakan 2 bahan yang mudah yang mudah didapati dari dapur anda sahaja . Jom baca
2 Bahan yang diperlukan adalah
2 batang kulit kayu manis
Segenggam bedak sejuk
Cara penyediaan:
Tumbuk kayu manis sampai hancur. Kemudian gaulkan dengan bedak sejuk. Jangan lupa tambahkan sedikit air . Sapukan pada muka sekerap yang boleh.
Insyallah dengan bahan semulajadi bukan setakat parut jerawat hilang tetapi bintik hitam di muka pun boleh hilang juga. Penggunaan 2 dalam 1.
Selamat Mencuba