Umum mengetahui Tengku Mahkota Johor dan isterinya Che Puan Khaleeda baru sahaja menimang cahaya mata ketiga mereka pada minggu lalu. Walaupun berstatus kerabat diraja namun Che Puan Khaleeda memilih untuk bersalindi hospital kerajaan menyebabkan tindakannya itu dipuji ramai netizen.

Terbaru, beberapa tweet daripada netizen membidas  mengenai perkara itu di laman Twitter. Menurut netizen tersebut walaupun pasangan itu memilih untuk bersalin di hospital kerajaan namun keistimewaan yang diberikan kepada pasangan diraja itu tidak sama seperti rakyat biasa. Eh ya ke?

Wad bersalin yang menempatkan Che Puan Khaleeda sendiri merupakan wad diraja yang telah diubahsuai dengan kelengkapan mewah. Dah macam hospital swasta pula.

Gambar di bawah merupakan gambar menunjukkan Wad Diraja yang mempunyai kelengkapan yang sangat mewah.

Contoh wad diraja hospital tunku fauziah. Takyah nak hype benda tak perlu. https://t.co/nHkEACMklMpic.twitter.com/dYBOYTmEqg

— 🌈 justmein 🌈 #CampurLGBT 🏳️‍🌈 (@meinmokhtar) July 20, 2019

Tapi normal la untuk pasangan diraja menerima layanan VVIP kan? Lagipun putera yang dilahirkan merupakan salah seorang bakal pewaris takhta. Takkanlah nak duduk wad biasa-biasa pulak. Betul tak?

sumber: meinmokhtar