Susah untuk kita mengenal pasti kebersihan air kolam samada tercemar ataupun tidak.  Selagi airnya jernih, ia sudah cukup selamat bagi kita.

Perkongsian Tuan Taufiq Razif menjelaskan mengapa kanak-kanak sering jatuh sakit setiap kali balik daripada mandi-manda di kolam

Saya paling risau kalau anak anak jadi sakit bila balik dari mandi kolam!

Tak kisah la jadi demam biasa ke, batuk batuk ke ataupun cirit birit ke sebab jatuh sakit lepas balik daripada mandi kolam ni adalah sejenis Recreational Water Illness ( RWI )

Kuman dalam air kolam tu ada bermacam jenis.. Ada E. Coli, ada juga parasit contohnya Cryptosporidium yang memang susah nak mati walaupun air kolam tu dah diletakkan klorin.

Sekali kuman kuman ni semua masuk ke dalam saluran penghadaman, boleh kena cirit birit anak kita tu.

Kalau masuk ke telinga dan mata boleh jadi jangkitan. Mata pun mula la jadi pedih dan merah menyala.

Kalau anak kita ada luka kat badan mereka lagi la bahaya. Terus kuman kuman tu boleh masuk ke pembuluh darah anak kita.

Tu la kenapa kalau anak jatuh sakit bila balik daripada mandi kolam, cepat cepat bawa anak jumpa doktor ye!

Sumber: Taufiq Razif