Events By: SGMS Faida October 5, 2018 @ 1:00pm

Kenali Muzik Warisan, UTP Anjur Festival Simfoni Gamelan

MERIAH! Universiti Teknologi Petronas telah menganjurkan Festival Simfoni Gamelan dengan kerjasama Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Akademi Seni Budaya Warisan Kebangsaan (ASWARA), baru-baru ini.

Berlangsung di KISAS, festival itu menampilkan persembahan hebat daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur, SMK Sultan Abdul Halim Kedah, SMK Sultan Alam Shah Putrajaya, Soutul Mujahideen KISAS, Gema Gamelan Waqafan (GEMAWAN) KISAS, Alumni Kolej Sultan Alam Shah (ALKIS) dan UTP Sanggar Kirana.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan (Selangor), Datuk Abdul Rashid Asari.

Pihak UTP dalam satu kenyataan memaklumkan objektif festival ini diadakan adalah salah satu usaha menggalakkan orang ramai khususnya generasi muda untuk menghargai muzik gamelan.

Selain itu, festival gamelan ini turut menyasarkan penghasilan graduan yang cemerlang dalam bidang seni dan budaya disamping kecemerlangan akademik.

“ Pihak universiti menyokong penyertaan pelajar dalam seni dan budaya, kerana ia dapat membangun dan memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar. Ia menanam kerja berpasukan, kemahiran berkomunikasi dan kecekapan sosial di kalangan pelajar,” kata UTP dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan seramai 25 pelajar UTP terlibat di dalam usaha menjayakan program gemilang ini di mana Ahmad Aizat Wan Azhari sebagai pengurus majlis dan dibantu oleh Muhammad Ariff Ramli sebagai pembantu pengurus. Syabas semua!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Buat Lagu Bola Sempena World Cup, Dato’ Seri Vida Setanding Shakira

Seiringan dengan demam bola yang kian menular sekarang, Dato’ Seri Vida khabarnya turut  terkena tempias Piala Dunia Rusia 2018.

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Wed, 3 Aug 2022

Penuh Tin Atas Jalan Raya! Akibat Lori Sardin Terbalik, Trafik Sesak Lebih 3KM

Alahai, jenuh nak bersihkan jalan tu 😌 Harapnya tiada yang tercedera. Tapi… ada yang cakap tinggal bawa roti je tu 👀

Events Mon, 24 Sep 2018

SEVENTEEN’s Concert in Malaysia Was…Amazing?

Here’s an avid concert-goer’s review of everything that went down last night.

Hiburan Mon, 27 Feb 2023