LIFESTYLE By: SGMS Enal October 25, 2019 @ 12:20pm

Kenapa Waktu Tidur Badan Kerap Berpeluh, Rimasnya!!

Masalah tidur berpeluh ini berlaku bukanlah disebabkan cuaca yang panas. Namun, masalah ini berlaku daripada pelbagai punca dan boleh dielakkan sekiranya tahu mengapa berlakunya tidur berpeluh ini. Ikuti perkongsian Hello Doktor di bawah.

Pernah ‘tak’ bangun dari tidur malam dan anda rasa baju basah? Adakalanya sampai cadar pun lencun. ‘Padahal’ semalam aircond on ‘aje kot’. ‘Dah’ tua-tua ‘ni’ takkanlah terkencing atas katil lagi, bukan? Haa..kalau ‘nak’ tahu sebabnya mengapa tidur berpeluh, bacalah artikel ini.

Keadaan sebenar

Tidur berpeluh menjadi perkongsian dimana bukanlah mengenai keadaan berpeluh yang disebabkan oleh suhu bilik panas atau memakai terlalu banyak lapisan selimut. Tetapi ia adalah mengenai night sweats atau berpeluh malam yang biasanya didasari oleh beberapa masalah kesihatan.

Situasi berpeluh malam yang dialami ini sering kali terjadi secara berulang-ulang sehingga menyebabkan anda terbangun dan mungkin memerlukan anda menukar cadar. Boleh bayangkan tahap ‘kebasahan’ yang dilalui?

Beberapa keadaan berikut boleh berlaku disebabkan beberapa masalah kesihatan seperti:

  1. Tiroid 

Berpeluh secara keterlaluan dan menjadi sensitif terhadap haba adalah merupakan antara gejala hyperthyroidism. Kelenjar tiroid berfungsi untuk mengawal metabolisme badan. Namun apabila terlalu banyak hormon, menjadikan ia berlebihan di dalam badan. Keadaan ini akan menyebabkan suhu badan meningkat.

  1. Gula dalam darah

Jika anda mempunyai diabetes, ia juga boleh menjadi punca mengapa anda tidur berpeluh. Glukosa dalam darah mungkin pada tahap yang baik sewaktu anda masuk tidur. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan menurun semasa anda tidur.

Keadaan ini mungkin disebabkan anda mempunyai hari yang sangat aktif atau melakukan aktiviti fizikal pada waktu petang. Jika anda mengambil ubatan seperti insulin atau ubat jenis sulfonylurea untuk mengawal diabetes, ia mungkin penyebab hipoglikemia pada waktu malam yang anda alami.

  1. Tidur apnea

Berpeluh malam yang dialami mungkin disebabkan tidur apnea. Keadaan ini membuatkan pernafasan anda terhenti berulang kali ketika tidur. Apabila badan tidak mendapat oksigen, ia mungkin berada dalam mod ‘fight or flight’. Ia cenderung menyebabkan berpeluh.

  1. Asid refluks

Walaupun tidak banyak kajian menyatakan masalah ini menyebabkan berpeluh malam, tetapi terdapat pakar yang mencadangakn ia mungkin ada kaitan. Keadaan ini boleh dirawat dengan menghindari perkara-perkara yang boleh mencetuskan asid refluks seperti makan dalam saiz hidangan yang kecil dan elakkan makan sebelum tidur.

  1. Kanser

Kebanyakan kanser boleh menyebabkan anda berpeluh pada waktu malam. Tetapi kanser limfoma antara penyebab paling biasa. Satu perempat individu dengan limfoma Hodgkin akan mengalami keadaan berpeluh sewaktu tidur bersama demam sederhana.

  1. Ubat-ubatan

Terdapat ubatan boleh menyebabkan tidur berpeluh antaranya seperti cetaminophen dan NSAIDs seperti aspirin dan ibuprofen. Sesetengah ubatan untuk glaukoma dan mulut kering juga boleh merangsang kelenjar peluh anda.

  1. Tuberkulosis

Hampir separuh individu dengan masalah kesihatan ini akan mengalami night sweats. Selain berpeluh anda mungkin akan alami batuk yang serius bersama darah dan kahak.

  1. Kebimbangan

Anxiety atau kebimbangan biasanya disebabkan rasa risau, tekanan dan panik dan boleh menyebabkan anda berpeluh pada waktu siang. Keadaan ini juga boleh berlaku pada waktu malam. Mimpi ngeri dan ketakutan ketika tidur boleh menyebabkan individu yang mengalaminya tidur berpeluh dan jantung berdebar.

  1. HIV

Antara gejala biasa yang dihidapi oleh individu dengan HIV adalah kelenjar limfa bengkak dan kesakitan pada sendi. Namun, seorang daripada 10 individu dengan HIV dipercayai akan mengalami keadaan berpeluh pada waktu malam.

  1. Tumor

Ketumbuhan pada prostat, buah pinggang serta ketumbuhan pada ovari atau zakar, sama ada kanser atau tidak, boleh menyebabkan anda berpeluh malam. Night sweats adalah antara simptom klasik bagi sindrom carcinoid, kesan kanser yang jarang berlaku yang terdapat dalam sistem pencernaan atau paru-paru.

Dikongsikan nanti solusinya 

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 6 Jan 2018

Pamer Kemahiran Tampung Badan Dengan Hanya Dua Jari

Seorang lelaki 51 tahun mampu membuat pelbagai aksi kungfu hanya dengan menggunakan satu jari

LIFESTYLE Sat, 31 Mar 2018

Shopping Has Never Been Easier and More Cost Saving Thanks to CJ WOW SHOP

It’s CJ WOW SHOP’s 2nd anniversary and they’ve got loads of surprises in store.

LIFESTYLE Thu, 2 Jan 2020

厕所门应该常开着还是关上?很多人都做错了

卫生间这些事你每天都在做,也往往容易忽略,做错了可能会影响你的健康!

LIFESTYLE Sun, 13 Jan 2019

5 Dokumen Ni Tak Payah Bawak Pun Masa Interview

5 Dokumen Ni Tak Payah Bawak Pun Masa Interview, Majikan Tak Hadap Langsung

LIFESTYLE Fri, 18 Oct 2019

5 Tips Keselamatan Untuk ‘Rider’ Selamat Sampai Ke Destinasi

Tidak kisah dimana perlulah berhati-hati terutama sekali musim tengkujuh ini.

Fab Foodies! Fri, 10 Aug 2018

番茄汁连喝8周「腹部脂肪少一半」研究证实:是真的!

承认吧!好吃懒做、宅在家吹冷气追剧的结果,就是你那圆滚滚的小腹。想瘦,却总是做个几下仰卧起坐就没力?

LIFESTYLE Tue, 5 Nov 2019

Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan Jika Gagal Halang Anak Berbasikal Lajak

Halanglah kalau boleh agar tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku

Fab Foodies! Tue, 26 Mar 2019

2 Cherry Blossom Drinks You Can Consume to Have a Wholesome Spring Experience

Just because we don’t have 4 seasons here in Malaysia, it doesn’t mean we can’t have a taste of Spring…literally!

Fab Foodies! Sun, 23 Dec 2018

21 Sampel Cili Mengandungi Residu Racun Perosak

503 sampel cili termasuk cili dari Vietnam telah dianalisis dan didapati 21 sampel cili (4.2 peratus)mempunyai residu racun perosak

LIFESTYLE Wed, 25 Sep 2019

哪个星座的伴侣比较适合你?

有些人谈感情前,总会和暧昧对象聊星座当话题,但你知道什么星座比较适合你吗?