LIFESTYLE By: SGMS Enal November 4, 2019 @ 11:35am

Lebih 20 Tahun Wanita Ini ‘Struggle’ Lawan Kemurungan Sendirian

Ramai yang dalam diam tak sedar diri mereka telah diserang Major Depression Disoder (MDD) atau dalam bahasa kita mudah fahami iaitu kemurungan.

Menurut satu perkongsian daripada pesakit MDD ini sendiri, Azeeda Azleen Adnan yang masih dirawat tentang penyakit ini menceritakan detik-detik ketika beliau menghadapi penyakit ini.

Tidak ramai yang tahu penyakit ini boleh membunuh kita dalam diam. Jangan malu dapatkan rawatan jika anda merasakan diri mengalami situasi ini.

Tanda-tanda orang yang mengalami depresi atau kemurungan

  1. Berasa sedih hampir setiap hari dalam tempoh 2 minggu
  2. Hilang minat dalam perkara yang digemari
  3. Tiada selera makan atau terlebih berselera
  4. Rasa bersalah melampau
  5. Gangguan tidur sama ada kurang tidur atau terlebih tidur
  6. Hilang tumpuan dan sukar membuat keputusan
  7. Pergerakan dan pemikiran yang lambat
  8. Cepat penat
  9. Terfikir atau merancang bunuh diri

Azeeda Azleen Adnan yang berkongsi mengenai kisah dirinya yang menghidap penyakit MDD setelah sekian lama dan baru sekarang berani untuk mendapatkan rawatan supaya dapat masalah ini dapat diatasi.

Tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga juga merupakan satu tekanan buat dirinya kerana sering diperlekeh oleh keluarga sendiri.

Dia mula mendapatkan rawatan ketika berusia 25 tahun dan dibantu oleh kawan baiknya sendiri.

Sebenarnya aku hidap MDD ni dari kecil lagi.

Disebabkan dulu info berkaitan “mental illness” tak meluas macam sekarang.

Lebih kurang dekat 20 tahun aku hadap sorang sorang.

Satu hari aku scroll fb ada orang share cara untuk check kesihatan mental kita.

Aku pon tekan link UJIAN SARINGAN KESIHATAN MENTAL atau bahasa scientifiknya DEPRESSION ANXIETY STRESS SCALE (DASS) 

Aku bincang dengan membe baik aku.

Dan dia suggestkan aku pergi check.

Dan tak semudah itu ya untuk terus jumpa pakar.

Dia ada step by step sebelum jumpa pakar.

Kita kena refer ke klinik kesihatan dulu.

24/1 aku jumpa dengan doktor cerita dekat dia apa yang hang rasa, apa yang hang fikir.

So aku tunjuk result ujian online aku tu.

Doktor suruh aku buat lagi ujian tu.

Kali ni jawab dalam kertas pulak.

Nervous dia tuu macam nak jawab spm nuhhh.

So lagi sekali memang result sangat teruk. Doktor cakap lepas seminggu datang balik untuk buat ujian tuu lagi nak tengok ada perubahan tak. Aku angguk je.

Lepas tu doktor tanya apa yang aku rasa sekarang (time tu laa) then aku just cakap “saya nak mati”.

Doktor tu terus call bahagian pakar psikiatri untuk refer aku ke sana.

So esok tu aku p ambek appointment untuk jumpa dengan pakar.

21/2 tarikh aku jumpa pakar psikiatri. Takut tu tak payah cakap lah.

Masa tuu macam macam dalam kepala otak ni. Aku fikir yang aku ni dah gila.

Yelaa first time jumpa doktor pakar sakit jiwa kot.

Masa tuu aku fikir apa pandangan orang sekeliling terhadap aku.

Tapi disebabkan aku nak sihat punya pasal, aku beranikan diri jugak.

So haritulah aku disahkan penghidap MDD.

Dan apa yang aku lalui sepanjang aku sakit ni memang sangat sangat perit.

Banyak kali dah aku cuba untuk bunuh diri. Yes banyak kali.

Ada terfikir nak gantung diri, ada terfikir nak accident je memanjang.

Selalu yang aku buat kelar tangan aku sendiri. Itu rasa satu kepuasan untuk lepaskan tekanan.

Pernah aku makan ubat 3 papan sekaligus sebab aku nak tenangkan fikiran aku yang tengah serabut gila tu. 1 papan ada 10 biji, so means aku makan 30 biji sekaligus.

Orang selalu kata “lawan je lah, hang jangan ikut sangat perasaan tu”.

Suara tu datang daripada minda aku sendiri dan minda aku jugak nak kena lawan.

Kau rasa boleh ka? Cuba anda fikir logik.

Boleh ke minda sendiri nak lawan minda sendiri.

Jadi itulah maksud berperang dengan mental dan emosi sendiri.

Contoh suara tu selalu bisik,
“kau memang tak berguna pun kalau hidup.”
“kau selalu menyusahkan orang.”
“ramai orang tak suka kau.”
“aku rasa baik kau mati saja.”

Menurut perkongsiannya, dia pernah dimasukkan ke wad selama seminggu. Namun, ianya bukan paksaan. Sebelum dimasukkan ke wad, doktor akan minta persetujuaan dulu daripada diri kita. Jangan risau. Tidak semua yang dimasukkan ke wad gila. Jangan salah anggap.

Aku sendiri tak dapat moral support dari family sendiri.

Yang aku sedih bila family and saudara terdekat anggap aku ni gila.

Diorang selalu ambil mudah penyakit aku. Sampai diorang cakap aku ni “buat teruk” “jiwa kacau” “gila”.

Mungkin niat diorang nak bergurau tapi bagi aku itu bukan gurauan.

Sakit tao bila dengaq perkataan tu dari mulut family sendiri.

Tambah bila aku dah ada sejarah masuk wad sakit mental.

Sampai parents aku cakap “jangan nak post apa apa kat facebook ka bagitau kat orang. Kami malu.”

Allah. Masa tuu aku menangis menangis dan menangis. Sumpah sedih. 

Aku masih lagi dalam pemantauan dan menerima rawatan pakar psikiatri, pakar rehabilitasi dan pakar kaunseling.

Masih bergantung pada ubat ESCITALOPRAM setiap malam untuk kurangkan mood sedih dalam diri.

Masa awal awal doktor bagi ubat SENTRALINE tapi tak memberi kesan apa apa jadi doktor tukar kepada ubat yang dos tinggi sikit untuk membantu aku.

Boleh dikatakan fighter jugak lah.

Fight dengan mental dan emosi sendiri.

Macam mana nak bantu penghidap “mental illness”?

– Orang sekeliling perlu bagi moral support kepada penghidap mental illness. Selalu ada dengan dia. Bagi dia rasa yang sebenarnya masih ramai lagi yang sayangkan dia.

Sebab penghidap ni akan fikir dia dah takdak guna untuk hidup kat dunia ni. Semua orang tak sayang dia. Semua orang tak perlukan dia. Jadi tindakan orang sekeliling buat bagi dia rasa dia masih lagi diperlukan.

Jadi pendengar yang baik. Kalau dia nak luahkan, dengar je jangan menyampuk. Kalau dia tengah lost, jangan keep pushing dia dengan soalan macam “kenapa” “apa jadi”, jangan paksa dia cerita baru boleh awak bagi nasihat.

Penghidap ni dia cuma perlukan kata kata semangat. Sentiasa yakinkan dia yang masih ramai lagi sayangkan dia. Kalau nasihat rasanya tak valid sangat untuk penghidap ketika dia tengah lost.

Adakah patut kita bagi penghidap ni masa untuk bersendirian?

– TAK PATUT! JANGAN TINGGALKAN PENGHIDAP BERSENDIRIAN (walaupun dia cakap nak bersendirian). Lagi dia menyendiri, lagi dia rasa sunyi dan rasa sangat ‘down’.

Dan masa tuu lah negative thinking akan menyelubungi dirinya. Tak mustahil masa tu dia akan bertindak di luar jangkaan seperti nak bunuh diri atau apa saja yang boleh menyakitkan diri dia.

Adakah perkhidmatan BEFRIENDERS membantu?

– Aku tak pasti sebab aku tak pernah try. Tapi banyak aku tengok feedback dia memang membantu. Yang lagi membantu sebenarnya orang terdekat dengan pesakit macam family atau kawan2 yang dia kenal.

Sebab setengah penghidap dia susah nak cerita atau luahkan masalah dia dengan orang yang dia tak kenal. Dia lebih selesa nak luahkan perasaan dan masalah dekat orang yang dia kenal.

Sumber: Azeeda Azleen Adnan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 26 Jan 2018

Antara Makanan Yang Perlu DiElakkan Sewaktu Ingin Bersalin

Perkongsian daripada Dr Hafiz Sulaiman di laman facebook, diharap dapat membuka mata wanita di luar sana agar tidak terikut dengan petua-petua ini tanpa mengetahui kesahihannya. Nampak remeh, tapi sebenarnya bahaya yang menanti. Jom kita baca perkongsian beliau […]

LIFESTYLE Thu, 13 Sep 2018
LIFESTYLE Mon, 14 Oct 2019

Pengalaman Melancong Lebih Seronok Dari Sebuah Perkahwinan?

Betul ke tak? Masing-masing mempunyai pendapat sendiri

LIFESTYLE Sat, 30 Mar 2019

Brek Pada Kenderaan Perlu DiTukar,Jika Ada Tanda-Tanda Ini

Anda akan dengar bunyi yang menjengkelkan apabila menggunakan brek (atau pada beberapa kenderaan lain, apabila brek dilepaskan).

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Gelagat Artis Malaysia Menari #KekeChallenge Memang Cool!

Inilah antara gelagat artis Malaysia menyahut cabaran #kekechallenge

LIFESTYLE Wed, 17 Jan 2018

Kongsi Puncanya Terjadinya ‘Stretchmark’ Kepada Ibu Hamil

Belum Ada Cara Cegah Striae Gravidarum Atau ‘Stretchmark’ Ini, Doktor Ini Kongsi Puncanya Terjadinya Kesan ini Kepada Ibu Hamil

Fab Foodies! Tue, 26 Mar 2019

2 Cherry Blossom Drinks You Can Consume to Have a Wholesome Spring Experience

Just because we don’t have 4 seasons here in Malaysia, it doesn’t mean we can’t have a taste of Spring…literally!

LIFESTYLE Mon, 25 Dec 2017

10 Perkara Penting Untuk Kawal Nafsu Makan Anda

Macam yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang bernama Jazli Hassan ini, malah dia juga tidak keberatan untuk berkongsi tips yang diamalkan olehnya. Nak tahu tipsnya? Jom ikuti perkongsiannya di bawah. Hye semua, perjalanan dari 183 kilogram (kg) […]

LIFESTYLE Wed, 26 Sep 2018

Thinking of a Road Trip but Not Sure Where to Go? Check These Routes Out

They’re curated specifically based on people’s interests.

FESYEN Fri, 8 Nov 2019

‘Selangor Modest Fashion’ Martabat Hab Fesyen Busana Santun

Acara ‘Selangor Modest Fashion’ ini merupakan kolaborasi bersama antara Yayasan Raja Muda Selangor, Selangor Youth Community, Entrepreneurship Selangor dan Royale Demure.