INI MUNGKIN IDEA VALENTINE UNTUK SI DIA
By: SGMS Faida
14 Feb 2018, 06:49 AM

Plan raikan cinta bersama si dia dengan sejambak bunga? Atau sekotak coklat berbentuk hati. Ah, pening kepala dibuatnya. Kami kongsikan serba sedikit idea untuk kamu berikan pada yang tersayang. Pastinya si dia tersenyum lebar sepanjang hari ini…

Kredit gambar: Brilio.net

  • Jam Tangan

Antara a must item yang digayakan oleh wanita. Mungkin berbeza daripada sebelum ini, apa kata surprise pasangan anda dengan jam tangan digital yang menjadi trend masa kini. Di samping boleh disambung ke telefon pintarnya, pasti si dia terkenangkanmu setiap kali melihat waktu.

Kredit gambar: Maskulin

  • Wangian

Majoriti lelaki gemarkan wangian. Lebih-lebih lagi wangian dalam botol unik. Pilih bau yang ‘maskulin’ ya!

  • Buku

Lelaki yang gemar membaca dilihat lebih seksi! Di hari yang cukup istimewa ini, terdapat kedai buku menawarkan buku-buku menarik dengan harga promosi. Boleh kamu minta si dia menceritakan isi buku sebelum tidur. Alahai, sweet…

  • Cincin

Wanita gemarkan cincin. Walaupun bukan semua, tapi tipulah kalau kamu tak suka bila dihadiahkan sebentuk cincin. Ia juga boleh menjadi tanda lamaran yang ditunggu-tunggu sejak dulu lagi. Cincin juga mempunyai sentimental value yang tinggi!

Kredit gambar: Love To Know

  • Nota Cinta

Cuba recap balik, bila kali terakhir kamu meluahkan rasa cinta terhadap pasangan dalam sekeping kertas? Jika kebiasaanya kamu menghantar pesanan ‘I Love You’ menggunakan WhatsApp, cuba luahkan kata-kata romantis dengan surat cinta. Surat Cinta Untuk...Starla mungkin? Hehe


BERITA TERKINI

19 Feb 2018, 09:38 AM

TANDA SI DIA BUKAN UNTUKMU...

19 Feb 2018, 05:21 AM

KONTRAKTOR MENANG RUMAH MAIN PERADUAN CELCOM

19 Feb 2018, 04:39 AM

"DATIN MUDA KOLOT" - REBECCA NUR ISLAM MAKI EINA AZMAN?

18 Feb 2018, 03:15 PM

KUTUK TAPI MASIH NAK TENGOK

17 Feb 2018, 05:51 PM

DJ.DAVE RANCANG HIMPUN ARTIS 70'AN

17 Feb 2018, 04:52 PM

MIRA FILZAH MERAJUK KE?

17 Feb 2018, 03:16 PM

KENALI TAHAP RADIASI TELEFON BIMBIT!

17 Feb 2018, 08:50 AM

MAKAN BUAH DAH BOLEH CANTIK, BIAR 'BETIK'

17 Feb 2018, 07:33 AM

JODOH TAK PANJANG, SUFIAN-ELFIRA PUTUS TUNANG

17 Feb 2018, 07:19 AM

ANGKARA POTONG BARISAN, LELAKI DITIKAM HINGGA MATI