LIFESTYLE By: SGMS Enal November 22, 2019 @ 11:07am

Makan Kicap Parut Luka Jadi Hitam?

Mesti ramai yang pernah mendengar pesanan seperti jangan makan kicap kerana boleh membuatkan parut luka menjadi hitam pada kulit. Ianya sudah menjadi pantang larang hingga ada yang mengelakkan untuk mengambil kicap bimbang parut meninggalkan kesan yang buruk pada kulit.

Namun sejauh manakah kenyataan ini? Adakah ianya sekadar mitos yang menjadi kepercayaan nenek moyang sejak dahulu lagi? Ikuti penjelasan di bawah untuk mendapatkan penjalasan yang jelas berdasarkan fakta.

Kicap buat parut luka jadi gelap?

Terdapat kepercayaan yang menyatakan jika anda mempunyai parut luka atau mendapat chicken pox, jangan sesekali memakan atau mengambil kicap. Ini kerana dikatakan warna gelap daripada kicap tersebut akan menyebabkan kuping parut menjadi gelap dan meninggalkan parut yang tidak dapat dihilangkan. 

Untuk pengetahuan anda, kacang soya mengandungi sejenis asid amino yang dinamakan sebagai tyrosine dan ia boleh menggelapkan warna kulit. Tyrosine akan bertukar menjadi melanin apabila anda terdedah kepada cahaya matahari.

Melanin pula adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab terhadap warna kulit yang gelap. Walau bagaimanapun, di sebalik kewujudan tyrosine dalam kacang soya, ia masih bukan menjadi penyebab luka anda gelap. Mengapa? 

Ini kerana kacang soya bukanlah satu-satunya jenis makanan yang mengandungi tyrosine. Terdapat pelbagai lagi jenis makanan lain yang mengandungi tyrosine seperti keju, daging lembu, daging kambing, ikan, ayam, kekacang dan bijirin penuh. Senang kata, apa yang anda makan setiap hari sebenarnya mengandungi kandungan tyrosine. Anda makan ayam setiap hari, tetapi tyrosine dalam ayam tidak pula menyebabkan tubuh badan anda berwarna merah jambu. 

Tyrosine dan fungsinya terhadap tubuh

Fungsi sebenar tyrosine adalah untuk menghasilkan bahan kimia otak bagi membantu sel saraf berkomunikasi dan mengawal selia mood. Tyrosine juga meningkatkan kewaspadaan, perhatian dan fokus seseorang individu.

Tubuh badan anda hanya menggunakan tyrosine apabila diperlukan dan pengambilan banyak makanan yang mengandungi tyrosine tidak akan menjadikan tubuh badan anda lebih gelap. Ia juga tidak akan meningkatkan penghasilan melanin dalam tubuh anda kerana anda masih memerlukan sinar matahari untuk menggelapkan warna tubuh.

Pokok pangkalnya, tyrosine semata-mata masih tidak akan menggelapkan tubuh anda tanpa pendedahan terhadap sinar UV.

Parut chicken pox bukan sebab kicap?

Ya, kicap bukan penyebab terjadinya parut yang gelap pada chicken pox. Parut akibat chicken pox sebenarnya terbentuk disebabkan oleh aktiviti menggaru yang menjejaskan proses penyembuhannya dan meningkatkan risiko jangkitan bakteria.

Sekiranya anda mahu mengelakkan parut gelap akibat chicken pox, jangan sesekali menggarunya. Hilangkan kegatalan yang dialami dengan cara mandian air sejuk atau penggunaan losyen calamine.

ja

Secara logiknya, jika anda menganggap makan kicap boleh buat luka jadi hitam, anda mungkin boleh makan telur untuk jadikan parut anda berwarna putih atau kuning kan? Atau makan sawi hijau untuk menjadikan luka berwarna hijau, baru rare.

Tetapi pasti ramai yang tidak mempercayainya. Mengapa? Sebab ramai yang tahu ia tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Begitu juga dalam kes kicap ini. Oleh itu, kongsikan artikel ini untuk bantu kami memecahkan mitos yang telah lama membelenggu masyarakat kita. Seiring kita bergerak menjadi anggota masyarakat yang lebih berilmu.

Sumber : Muhammad Wa’iz/Hello Doktor 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 23 May 2019

Here’s How You Can Fuse Your Personality into the Design of Your House

Because we all want our surroundings to be as comfortable for ourselves as possible.

LIFESTYLE Tue, 29 Oct 2019

Baru Bekerja Dan Masih Merancang Kewangan? Cuba Cara Ini

Biar aset yang ‘bekerja’ untuk kita

Fab Foodies! Fri, 14 Dec 2018

蝶豆花茶的神奇功效你知多少?看完后,你就明白了…

爱喝蝶豆花茶?说出来会吓你一跳,并不是它有多不好,而是他的很多功效你都不知道……

LIFESTYLE Mon, 17 Dec 2018

5 Tips Hilangkan Stress Di Tempat Kerja

Sebab itu, bila masuk di ofis ‘buang’ semua masalah peribadi di luar.

LIFESTYLE Sat, 16 Nov 2019

Cara Mencegah Untuk Pneumonia!

Mencegah lagi baik daripada merawat

LIFESTYLE Thu, 6 Dec 2018

Maksud Penutup Warna Air Mineral Anda.

Penutup air mineral bukan sahaja di warnakan untuk branding tetapi ada maksud disebaliknya

LIFESTYLE Thu, 12 Apr 2018

办公桌变狗窝?5种摆设心情好整天

人一天之中扣掉吃饭、洗澡、睡觉的时间,至少有二分之一到三分之一的时间都在办公室里,要怎么让自己保有适当的专注与清醒,以及工作的好心情,十分重要。

LIFESTYLE Tue, 10 Dec 2019

Info Penting Tentang Penyakit Polio Yang Perlu Tahu

Polio boleh mengakibatkan kematian dan kanak-kanak menjadi mangsa

LIFESTYLE Thu, 21 Nov 2019
Fab Foodies! Tue, 28 Aug 2018

Minum Air Kelapa Selama Seminggu Apa Jadi?

Minum air kelapa tanpa ditambah gula kerana ia lebih segar dan semula jadi.