Fab Foodies! By: SGMS Faida May 18, 2018 @ 6:40am

Menu Jimat Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Untuk Ramadhan hari kedua ini, Chef Imelda Harris nak berkongsi cara membuat ‘Mee Sup Cendawan Bebola Ikan’. Nyums!

Bersesuaian dengan tema hari ini iaitu menu jimat dapur, kos untuk membuat mee sup cendawan bebola ikan menggunakan bahan-bahan di bawah RM 10. Jimat kan? 

Mee Sup Cendawan Bebola Ikan

200g Mee kuning dicelur sehingga masak
400g cendawan tiram dihiris nipis
20 bebola ikan
3 ulas bawang merah dicincang
4 ulas bawang putih dicincang
1 kiub stok ayam
1 liter air
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil garam
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya;

1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
3. Tambahkan air dan lada hitam.
4. Masukkan bebola ikan dan cendawan.
5. Kacau hingga cendawan masak.
6. Tambahkan garam & padamkan api.
7. Masukkan mee ke dalam mangkuk & tuangkan sup bersama cendawan dan bebola ikan.

Mudah dan simple kan, tanpa perlu menggunakan bahan-bahan yang renyah, korang boleh cuba hari ini ok? Selamat memasak & selamat berbuka!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Jun 2022

#SeoulSaranghae: Tak Sangka! Rupa-Rupanya G-Dragon & Lee Soo Hyuk ‘Bestfriend’ Walaupun…

Siapa sangka ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon dan pelakon siri drama Tomorrow, Lee Soo Hyuk merupakan teman rapat sejak dahulu lagi. Walaupun ramai peminat kedua-dua selebriti popular ini terkejut, namun mereka begitu teruja melihat hubungan […]

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Agihan Royalti Belum Selesai, Karyawan Rayu Kerajaan Bantu

Karyawan, katanya, mencadangkan agar kerajaan baharu campur tangan dengan segera untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menentukan artis memperoleh royalti yang menjadi hak mereka.

Hiburan Tue, 11 Jun 2019
Featured Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO] Cantiknya Berbaju Pengantin! Ramai Puji Rupa Paras Siti Khadijah

Pelakon meningkat naik, Siti Khadijah Halim atau lebih mesra dipanggil Siti sememangnya sering mencuri perhatian ramai dengan kecantikan rupa paras semula jadinya. Terbaru, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Siti di platform TikTok yang […]

LIFESTYLE Sat, 4 Dec 2021

Sertai Bootcamp, 300 Peniaga Bangkit Selepas Pandemik

Susulan musim pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, banyak perniagaan tidak terkecuali yang didirikan secara kecil-kecilan oleh golongan usahawan dan peniaga tempatan menerima tempias akibat mata pencarian mereka yang terjejas. Bagaimanapun, harus diakui bahawa ramai […]

Hiburan Sun, 4 Jun 2023