Fab Foodies! By: SGMS Enal October 1, 2019 @ 10:01am

Minum Kopi Buat Ibu Mengandung Boleh Risiko Keguguran?

Sempena Hari Kopi Sedunia bulan ini , anda mungkin salah seorang penyumbang dari 400 bilion cawan kopi yang diminum sepanjang tahun di seluruh dunia.

Sempena Hari Kopi Sedunia, Dr Muhammad Izzat telah berkongsi beberapa garis panduan untuk penggemar kopi, terutamanya buat golongan wanita hamil.

Menurutnya, ibu hamil hanya boleh mengambil kurang daripada 200mg kafein setiap hari sama ada melalui pengambilan teh, coklat, kopi, minuman bertenaga, minuman ringan serta sesetengah ubat batuk dan selesema.

Macam mana nak tahu kandungan kafein dalam minuman?

Jangan risau, ini panduan dikongsikan beliau;

  • 1 mug kopi segera : 100mg
  • 1 mug kopi filter : 140mg
  • 1 mug teh : 75mg
  • 1 tin coca cola : 40mg
  • 1 tin minuman tenaga (250ml) : boleh ada sehingga 80mg. Tin yg lebih besar mungkin ada 160mg
  • 1 bar plain chocolate (50gm) : mungkin kurang 25mg
  • 1 bar milk chocolate (50gm) : mungkin kurang 10mg

“Pengambilan caffeine berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan; bayi boleh jadi kecil dan meningkatkan kes keguguran lebih-lebih lagi pada awal kehamilan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan agar ibu-ibu mengandung mengelakkan pengambilan kafein pada 12 minggu pertama kehamilan. Jangan ambil langsung tau!

Kata Dr Izzat lagi, sebaiknya gantikan minuman kafein dengan jus buah atau segala minuman kurang manis yang telah di nyah kafein.

“Lagi bagus kalau ganti minuman-minuman berkafein ini dengan jus buah ke atau segala minuman yg telah di-nyah caffein (decaffeinated drinks). Tu lagi baik. Ha jangan lupa, kurangkan manis ye. Kopi yang tak ada gula lagi sedap biasanya.”

Sumber: Dr Muhammad Izzat

Credit picture : merdeka.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 24 Apr 2019
LIFESTYLE Thu, 2 Jan 2020

厕所门应该常开着还是关上?很多人都做错了

卫生间这些事你每天都在做,也往往容易忽略,做错了可能会影响你的健康!

Events Tue, 15 Jan 2019

Musim Perayaan Ini Lebih ONG Dengan CJ WOW Shop!

Wow kan rumah anda dengan WOW Your Home!

LIFESTYLE Thu, 15 Aug 2019

Celebrate Malaysia’s National Day with Big Savings from IKEA!

Calling out IKEA enthusiasts out there! Great offers await Malaysians on this upcoming Merdeka Madness clearance in conjunction of the National Day celebration! Carlton Dance GIF from Carlton GIFs Kicking off on August 15th until […]

Fab Foodies! Fri, 1 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda

Perap ayam dengan kesemua bahan, tambah sedikit garam dan lada. Biarkan selama 30 minit & bakar pada suhu 180 selama 20 minit sehingga masak. Siap!

Fab Foodies! Fri, 2 Aug 2019

4 Easy Healthy Pasta Dishes that are Guilt-Free even at 12AM

This is for the boys and girls out there who are constantly on a struggle of keeping that summer bod on point but crave for carbs 25/7!

LIFESTYLE Thu, 4 Jul 2019

IMAGINATRICKS杂技大汇演!让人肾上腺素飙升的演出

IMAGINATRICKS杂技大汇演!一场不但结合了视觉及音乐元素,更是齐聚了世界级最优秀的杂技员、运动员及技术精湛高超的表演者,震撼人心的演出肯定让您看得目瞪口呆。

FESYEN Wed, 5 Sep 2018

Cara Merawat Kuku Agar Sihat & Cantik

Kuku dan jari adalah antara anggota yang penting dimana bila tidak dirawat dan dijaga dengan baik terutama kuku, nak tahu lebih jom baca

LIFESTYLE Thu, 20 Sep 2018

Khasiat Minum Kopi Bagi Wanita

Umumnya minum sampai 2/3 gelas kopi demi untuk mendapatkan manfaat kopi dan agar terhindar dari berbagai permasalahan kesihatan lainnya kerana akibat efek dari kafein yang berlebihan.

Fab Foodies! Tue, 27 Nov 2018

Bentong Prison Inmates Learn Recipes Firsthand From Tengku Puan Pahang

Everyone deserves a second chance and Her Royal Highness is trying to show.