Bila dilihat pada ketrampilan seseorang mungkin handsome, kacak ataupun menawan. Rambut disisir kemas sama ada sebelah tepi atau belah tengah. Pakaian pula di gosok sehingga ada ‘side’ tajam. Tiada kotoran langsung di baju atau di seluar. Apa jadi bila dilihat di perut yang tertonjol keluar ala buncit.
Pastinya tiada selera dan terus berubah untuk mendekati kerana perut buncit. Tahukah anda kenapa dan sebab perut buncit. Ini adalah di antranya
➡ Selalu makan berlebihan.
➡ Makan terlalu gelojoh.
➡ Tidur selepas makan
➡ Makan tidak teratur
➡ Kurang tidur
➡ Sering minum air berkarbonat
➡ Kurang tidur
➡ Kekurangan protein
Buat anda yang mempunyai perut buncit digalakkan untuk mengurangkan ‘portion’ makanan , bersenam atau elak makanan manis dan bergas. Sihat tubuh badan dengan bersenam dalam 30-45 minit sehari pasti memiliki badan yang kurus dan ramping .