Events By: SGMS Faida April 24, 2018 @ 7:17am

‘Nervous’ Pertama Kali Keluar Mengundi? Baca ini…

OMG, nervous-nya sebab ini pertama kali aku turun mengundi! Semua dah ready, baju apa nak pakai, kasut apa nak sarung, lokasi mana nak dituju TAPI korang kena alert dengan beberapa hal di bawah ini. Smart mana pun korang pakai pada hari itu tapi kalau korang tak ikut benda di bawah ini, leceh juga beb.

  • DAH DAFTAR MENGUNDI KE BELUM?

Punya berbatu-baru korang memandu, sampai ke pusat mengundi, nama korang tiada dalam sistem ataupun korang tiba di pusat yang salah. Tak ke satu hal korang kena patah balik, cari parking balik dan drive ke lokasi seterusnya. Sebelum keluar mengundi, TOLONG periksa nama dan kad pengenalan korang dah ada dalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), laman web SPR . Semak di laman web SPR sama ada korang layak atau tidak untuk mengundi. Check it out guys!

  • JANGAN LUPA BAWA MYKAD

Satu perkara yang terpenting pada hari mengundi, jangan lupa bawa kad pengenalan korang ya. Bukan apa, bila dah sampai turn korang, tiba-tiba kad pengenalan tertinggal, aduh…satu hal nak berpatah balik ke rumah. Ingat bawa IC tau!

  • JANGAN ROSAKKAN KERTAS UNDI

Kalau korang jenis suka bergurau, waktu begini rasanya serlahkan sisi ‘serius’ dalam diri korang. Jangan pula ambil kertas undi itu dan lukis atau pangkah macam-macam. Ini menyebabkan terjadinya undi rosak. Tak ke rugi tu? Bukan main awal korang bangun, beratur, bila sampai je kertas undi ikat tangan korang, dipangkahnya semua nama calon. Ha ha ha… jangan begini ya kawan! Pangkah undi dengan berhemah…

Sekadar Gambar Hiasan

  • PAKAIAN HARUS SOPAN

Ini bukan pertunjukan fesyen antarabangsa untuk kamu mencuba dalam berfesyen. Pakaian yang relax-relax sudahlah! Asalkan selesa dan kemas.

  • BANGUN AWAL

Waktu mengundi adalah daripada pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Kalau boleh, datang awal, cari parking pun senang. Apa salahnya, bergerak ke pusat mengundi awal kan. Aktiviti ini dijalankan lima tahun sekali, sekali sekala keluar awal pagi apa salahnya…hehe.

AYUH KITA KELUAR MENGUNDI!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 17 May 2018

Ikon Wanita Melayu, Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Juara!

Amy Nurtinie atau nama sebenarnya Amy Nurtinie Abdul Aziz telah diangkat sebagai Juara Ikon Wanita Melayu pada tahun ini selepas pengacara Karl Shafek mengumumkan nama beliau pada acara Pencarian Wanita Melayu di Plaza Shah Alam baru-baru ini

Featured Sun, 5 Mar 2023
Hiburan Fri, 27 Oct 2023

Netizen Buka Cerita Lama Sampai Caci Maki, Ashira Mohon Hormat Pemergian Bad Indigo – “Mana Adab Kamu Semua?”

Allah.. jaga-jaga sikit bila bercakap. Itu ujian buat Ashira. Netizen jangan pandai-pandai.

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Fri, 6 Oct 2023

Imej Botak & Berat Badan Susut Bukan Disebabkan Rawatan Kemoterapi – Zizan Nin

Zizan Nin sihat je tau… lama tak tengok Zizan berlakon kan…

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Another One Bites the Dust: Big Bang’s Daesung to Enlist into the Army Soon

Daesung is the fourth Big Bang member to enlist into the army!

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

Awie Diarah Bayar Ganti Rugi RM 80,000 Kepada Bekas Isteri

Terdahulu, pelantun Tragedi Oktober itu didakwa dan telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.