Jika anda adalah seseorang yang sering mengalami penyakit seperti selsema, demam dan batuk, terdapat satu kajian yang mana anda boleh mengelakkan diri anda diserang penyakit ini iaitu dengan memeluk seseorang.

Selalunya kita sering diingatkan, supaya mengelak untuk berjabat tangan yang berkeringat dan berkilat semasa musim sejuk dan selesema.

Namun pelukan hangat kawan rapat atau orang yang dikasihi sebenarnya boleh memperbaiki fungsi sistem imun, kata Sheldon Cohen, seorang profesor psikologi di Carnegie Mellon University dan pengarang utama kajian ini.

Menggunakan 404 responden, Cohen dan rakan penyelidiknya melakukan ujian dimana sekumpulan daripada mereka akan dipeluk dan selebihnya tidak dipeluk.

Menjelang dua minggu, kumpulan yang dipeluk tidak diserang penyakit sebaliknya kumpulan satu lagi yang mempunyai simptom penyakit seperti demam dan selsema.

Ekoran dengan itu, Cohen menyimpulkan bahawa dengan memeluk seseorang, ia mampu merendahkan rasa tekanan dan seterusnya meningkatkan daya tahan seseorang itu.

Sumber : Today